The UnOrdinary Peoples ♥

Saturday, January 29, 2011

How Deep Is Your Love Sayang

Well aku tak dapat tido. Da sebulan aku camni. Kacau sangat fikiran aku. Aku da try da tido awal but just the same thing la. Aku da try buat benda-benda yang memenatkan. Kononnya aku dapat tido nyenyak la tu. But the same thing gak. Membuta je keja aku ni.
Aku seorang budak lepasan SPM. Well life aku camni sangat la tak sihat buat aku. If aku masih bergelar seorang pelajar gerenti cikgu akan lempang aku guna duster tu sebab tido dalam kelas dia. N aku juga yakin result aku akan jadi buruk yang teramat kalau aku hidup camni. Kadang-kadang aku rasa migrain aku da makin menjadi-jadi sejak aku alami insomnia ni. Aku da try da jumpa private doctor. Puan doktor cakap dia tak boleh bagi ubat penenang or ubat tido sebab dia takut kalau-kalau aku akan overdos. Aku rasa dia da taw sangat da masalah aku sampai aku camni. So langkah terbaik aku kena lupa segala masalah aku baru la aku boleh nikmati mimpi-mimpi indah aku.

Aku tak taw kenapa aku camni. Kenapa aku nak sangat ambil berat tentang dia? Kenapa aku nak sangat sayang kat dia? Kenapa aku nak sangat dia ada dengan aku? Perkenalan pertama kami hanya melalui laman sosial facebook. Agak ok buat perkenalan pertama. Semakin hari semakin sayang. Semakin rindu. Hubungan dari seorang rakan bertukar menjadi sepasang kekasih. Biar pun jarak menjadi penghalang tapi tu semua tak menjadi masalah buat kami.

Aku senang bila dia layan aku dengan cara baik. Dia tak romantik. Dia tak pandai memujuk bila sang kekasih hatinya merajuk. Tapi dia memahami perangai sang kekasih nya. Dia berusaha untuk memuaskan hati kekasih nya dengan menghantar mesej-mesej berbaur kan kasih sayang.Dia berusaha membuat kekasih nya senyum & ketawa melalui cerita tentang dia yang sedang melalui ragam-ragam manusia yang menjengkelkan semasa melanjutkan pelajarannya.

Si dia tidak mahu melepaskan kekasihnya itu. Mereka semakin rapat. Namun itu hanya sementara buat mereka apabila si dia berubah menjadi individu yang berbeza. Kekasih hatinya tidak mengeluh. Kesabaran penuh mengisi ruang hati hatinya. Air mata mulai mengalir di pipiku. Skrin sony ericsson w901i aku tatap dengan penuh penantian. Penantian satu mesej dari si dia. Namun hari tu lansung 1 mesej pun takda. Aku kecewa.

"Dia banyak keja kot. Takpelah", bisik hati kecil ini. Aku mengesat air mata ku. Aku tabah kan hati & set kan dalam otak aku yang dia tak kan pernah lupakan aku sebab aku taw yang dia menyayangi aku sepenuh hatinya.

Namun kesabaran ini telah sampai ke penghujung nya. Akhirnya aku memutuskan untuk pergi dari hidup dia. Dia tidak memujuk & dia tidak membantah.  Aku agak kecewa. Hati aku bagai kan dirobek-robek saat itu. Tapi aku kena tinggalkan dia untuk kebaikan diri dia & untuk masa depan dia. Aku yakin dia akan mencari aku bila dia sudah cukup bersedia untuk melanjutkan hubungan ini. Aku kena kuat kan diri aku. Aku tak maw jadi beban pada dia. Aku tak maw dia gagal dalam mengejar masa depannya.

Sebulan berlalu tanpa khaba berita dari nya. Status hubungan kami di facebook masih seperti dahulu. Aku yang meminta sebegini dengan alasan aku tak maw ada sesiapa ganggu aku. Dia mengalah. Dia akur dengan keputusan aku. Aku rindu akan suaranya. Setiap hari aku berdoa agar dia sentiasa selamat & sihat di sana. Berkali-kali aku ingin menghubunginya namun aku takut kalau dia cuak dengan aku. Setiap malam aku mimpikan dia. Indah mimpi itu. Mimpu tu akan jadi lebih indah jika ia menjadi realiti. Aku hanya mampu berdoa setiap hari untuk nya. Aku berharap dia akan berjaya walau aku tiada di sisi nya.

Cukup setahun kami tidak berhubung namum hati aku masih berpaut padanya & berharap dia masih menyayangi aku. Hari ni merupakan majlis konvo dia. Dia pernah cakap dia nak aku datang majlis tu. Tapi sayang sekali aku tak dapat tunaikan hajat tu. Aku hanya mampu mengucap syukur atas kejayaan yang dia miliki sekarang. Aku me-log in akaun facebook aku. Jantung ini bagaikan nak terjatuh bila dia mengubah status hubungan nya.

"Hafiz Tajuddin is in relationship with Armizah Wong"

Baru la aku sedar betapa jauh bezanya tinggi langit dengan bumi. Aku rebah. Aku menangis sepuas hati aku. Perasaan aku alami sekarang tidak dapat aku kongsikan pada sesiapa. Aku cuma mampu berdoa kepada-Nya untuk menambahkan kekuatan hati aku. Things happen. Aku nak buat macamna lagi?

Aku capai fone aku. Jari jemari aku tidak kuat untuk menekan butang fone. Suara ku pula tidak ingin keluar. Namun aku gagahkan diri untuk bercakap dengan dia. Aku mencuba untuk mendial nombor nya tapi gagal. Gagal kerana ketakutanku untuk mengucap kan kesemuanya pada dia. Lebih baik aku mencuba untuk menghubunginya pada waktu malam.

Malam tu aku da kumpul kan seluruh kekuatan aku untuk bercakap dengan dia. Aku mendail nombornya. Beberapa saat kemudian ada suara lelaki yang cukup aku kenali singgah di telinga ku. Aku mematikan nya. Nampaknya aku masih belum bersedia untuk bersuara dengan dia. Akhirnya aku memutuskan untuk menghantar mesej ringkas padanya.

" Salam. Maaf jika kehadiran mesej ni menganggu masa awak. Saya nak ucap tahniah sebab awak da berjaya sekarang. Maafkan saya sebab tak dapat hadir ke majlis konvo awak. Saya rasa kehadiran saya tidak diperlukan saat majlis itu kerana selama ni tanpa saya awak boleh melakukan semuanya dengan berjaya. Saya bangga dengan awak! Saya happy untuk awak. Tahniah juga sebab awak da ada penganti saya. Awak taw tak itu kawan saya? Jaga dia elok-elok ya? Dia baik orangnya. Jangan sesekali mainkan perasaan dia. Saya rasa tu saja yang saya nak cakap. Semoga awak bahagia selalu =)"


Aku menangis lagi. Air mata ini menjadi lebih deras bila membaca balasan mesej aku dari dia.

"Thanks anyway. Tapi I tak kenal You sape. Boleh I taw sape ni?"

Aku mematikan fone aku. Aku sangat kecewa bila dia melupakan aku dengan sebegitu cepat. Semalam aku menangis tanpa henti. Ini kah balasan pada orang yang terlalu setia pada seseorang itu? Ini kah balsan pada orang yang menyayangi & menyintai seseorang itu? Dimanakah letaknya keadilan diri ini? Hendak ku campak kan kemana lagi perasaan ini?


*** Selalu nya kita menaburkan pelbagai janji pada pertemuan pertama bersama si dia. Menjanjikan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Namun itu semua hanya la janji palsu. Sebelum menjalinkan hungan yang khusus janji-janji seperti ( kalau awak jadi girlfriend saya,saya tentu takkan kecewa kan awak) (kalau awak jadi makwe saya, saya akan jaga awak sehingga hujung hayat saya).
Seriously aku tak percaya benda karut ni. Kenapa? Sebab janji-janji ni hanya trick untuk dapatkan hati seseorang. Sampai bila la janji tu nak kekal. Cukup sebulan si dia akan berubah hati & janji-janji yang dia tabur kan dulu sudah di campakkan  jauh ke dalam jurang lautan Mariana. Kedalam cinta seseorang sukar untuk di ukur kerana ia boleh berubah dari masa ke semasa. Begitu juga dengan pendirian individu tersebut.

***Moral of the story is...jangan buta kerana cinta. Tak takut ke jatuh nanti? Bile da jatuh susah taw nak bangun. Sebab ape? Sebab mata awak da buta oleh cinta. JANGAN SAMPAI TERNODA!

Thursday, January 27, 2011

Depression is Inside Me


Depression? Kemurungan? yup itu yang aku alami skrg. Sangat la anoying untuk alami benda-benda camni. Aku pun tak taw la why benda ni ada dalam diri aku. But aku rasa korang pun pernah rasa benda ni ya dak? Actually tanpa kita sedari benda ni buat life kita terumbang ambing. Take me as an example. Aku da 1 bulan da tak tido macam orang lain. Knapa? Pelik? Tak faham? Camni orang lain da tido nyenyak da start pukul 11 bagi ibu-ibu & bapa-bapa yang bekerja & adik-adik yang still study maybe korang tido lebih awal la dari tu. Yela penat kan buat kerja gerenti sampai je rumah perkara pertama yang set kat otak korang mesti nak tido. Rite? Aku ni pulak pukul 3 pun belum lagi nak tido. Bukan pe. Aku da try da tido awal but the same thing happened. Kalau korang nak taw aku ni cam kelawar. Membuta sepanjang malam. Da incik matahari nak setting nak tunjuk muka dia baru la aku mula nak tido.


Mesti korang tertanya-tanya apa la aku buat sepanjang malam tu. Haa mai dekat-dekat aku bagitaw korang. Aku tak buat pe pon. Aku just b'sosial networking je. Tak pun main game ke or baca blog korang. Aku bangun-bagun je da ada benda ni main kat dalam kepala otak aku. So aku pun on laptop acer aku ni yang tah pape da jadi dengan dia semenjak takda anti-virus ni & aku pun google about depressed. So my fellow friends this is what I've found in google about it.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jom minum nescafe luw =)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hehe lama ek tunggu? ok jom terjah!

*********************************************************************************
Depression is a state of low mood and aversion to activity that can affect a person's thoughts, behaviour, feelings and physical well-being.[1] It may include feelings of sadness, anxiety, emptiness, hopelessness, worthlessness, guilt, irritability, or restlessness. Depressed people may lose interest in activities that once were pleasurable, experience difficulty concentrating, remembering details, or making decisions, and may contemplate or attempt suicide. Insomnia, excessive sleeping, fatigue, loss of energy, or aches, pains or digestive problems that are resistant to treatment may be present.[2]
.
.
.
.
.
.
.
.
This is the example of people that have been in this situation in their life



 upzz abaikan gambar yang ini**seksi**



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
The effects of depressed are

 failure atau kegagalan akan hadir dalam diri anda tak kira dari segi pelajaran atau pekerjaan dan lain-lain


 kemurungan akhirnya membawa padah apabila terlalu stress dan tidak tahu menangani nya.


kesan dari pil-pil penenang akan memakan diri si pemurung

.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
..
.
.
.
.
How to overcome depression?



1.Set Goals
Something special happens the moment the paper meets the pen and we
write down our goals. Our brain chemistry changes, neurons fire, hormones are deployed, and we start thinking about how we can achieve those goals.
2.Sleep
Getting the right amount of sleep is healthy for our body and mind. Some argue that sleep deprivation treats depression, but I don't buy it. I think it's a cheap distraction that catches up to you within days.
Get enough rest.
3.Exercise
If you're physically capable, try one hour of cardio (or as much as you can). If you're tee-shirt is soaking wet, you're standing in a puddle of your own sweat, and you can feel the endorphins pumping through your body, you did it right. Shower up and try not being happy, I dare you.

4.Forgiveness
Many times we're making ourselves sad for no good reason at all. People have been known to keep grudges for lifetimes (most religions and nationalities keep them for generations).
When you forgive, you remove this weight off your shoulders and put yourself in a position to be happier.

    5.Gratitude
    Many times when we complain we can cause ourselves to be sad.
    Complaining is just a factor of not taking into account what we're grateful for. Sit down and make a list of 100 things you're grateful for right now (and I dare you not to feel better).

    6.Sunlight
    Certain people have a disorder, in which, due to a lack of sunlight, they
    experience seasonal sadness. I'm somewhat affected by this in the winter when the days are shorter. That's why it pays to grab your iPod (or your friend) and go for 30 minute walks each day and embrace the sunlight.
    7.Hydration
    This has always been my downfall; I don't
    drink enough and chances are you don't either. Some days I drink only 1 cup of water, and I feel horrible. When I remember, and drink 2-3 liters, I'm happy as a kitten on cat-nip, and productive as a bat out of hell.
    8.Friendships
    Your life force, support system, and everything that matters. It's not hard to make friends if you put the time in. Everyone wants to be heard, appreciated, and loved. Start off by listening, appreciating and loving, and it will come back your way.


    9.Reading
    Take a temporary leave from reality and bury yourself in one of your favorite books. A lot of wise people have been through what you're going through and they made it through to the other side to tell about it.

    10.Journal
    This could be an escape but it doesn't have to be. You can write about fiction, and transport yourself to another world, or you can write about what's going on, and let your thoughts carry you through to a solution. Many great books were written by people who were, at least at the time, going through a period of pain and suffering




    so apa macam? da jelas semua nya. so aku rasa aku kena berdiri lebih teguh lagi supaya aku tak macam ni lepas ni. Aku akan berusaha untuk tidak memikirkan lagi tentang dia. Buat susah je nak fikir sal dia 24 hours sedangkan dia tak pernah pun fikirkan sal perasaan aku.

    So i guess entry ni boleh membantu sedikit sebanyak bagi korang yang alami benda ni. Bagi yang tengah insomnia cam aku ni tu actually dari kita gak tu. Tak payah fikir apa-apa masalah ang bila nak tido. Just relax kan diri korang.



    p/s: da la aku nak makan ni. lain hari kita buat cerita lagi k? =)
    

    Sunday, January 23, 2011

    Misteri Bola Hitam & Putih :: Part 2

     Sambungan cerita hari tu


    Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2.. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

    Si bapa tiba di Hospital..”macamman a doktor, anak saya?”

    Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita)
    ”Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya.. sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik..”

    Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.

    “Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu..” si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia….akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya… .

    Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang “mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih”

    “Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak.. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik.”

    Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,”tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2…. saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?”

    Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., “KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU… ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?”

    (anda semua pun ingin tahu kan …?)

    Si anak menjawab dengan nada terputus putus

    kerana sudah tidak dapat

    bertahan dan

    masanya sudah hampir

    tiba….

    “sebabnya ………saya.. saya….

    saya….”

    *hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan

    nafasnya hilang. Si anak

    sudah meninggal sebelum

    sempat memberitau bapanya

    tentang bola hitam & bola putih.




    kesimpulan cerita ni..aku pun tak taw kenapa budak tu minat sangat dengan bola hiyan putih 2.







    p/s :saspen tak? =)

    Wednesday, January 19, 2011

    Misteri Bola Hitam & Putih



    Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

    Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.

    Pengasuhnya mengadu kepada bapanya….
    “Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal…apa tuan tak segan?”
    Lantas…… . si bapa memanggil si anak, ditawarkan basikal dan si anak cuma menjawab,
    “Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola hitam dan bola putih …”
    Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa.
    “Kenapa bola itam dan putih?”
    “Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je.”
    Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.
    Masa berlalu
    kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor..
    Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi.
    “anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je…”.
    Si anak menjawab,”Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak..Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?”
    Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.
    Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya. Trend baru….
    Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya… Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu………..Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.
    Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller bladebaru bersama secebis nota:
    “Biar kamu tak malu”.
    Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi:
    “Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakannya.”
    “Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola Hitam dan bola putih!!?
    Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu…hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.

    Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga
    ditinggalkan di ruang kerja si bapa..
    “trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih”
    Masa berlalu….
    Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah…
    Suatu hari,
    ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,…2 pun tidak.

    Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan
    Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.
    Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! .
    Tetapi si bapa masih kesal……..
    Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih…
    Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.
    Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.
    Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je.
    Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee..
    Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: da tu bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!
    Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?
    Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu.".huh..sampai awek anak aku pun tanya…" bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!
    Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii…, fikir si bapa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.



    p/s: da la nanti sambung lagi k =)

    Thursday, January 13, 2011

    The 'Ancient People'

    Korang rasa apa aku nak cakap sal entry ni. Mesti korang pikir aku nak berhujah panjang sal orang zaman purba kan? Haha. Sama sekali tak. Aku nak refresh balik ja perangaiperangai manusia zaman sekarang yang tak pandai majumaju. Maju gak arh but if perangai ntah pa2 camna? tak ka macam orang duludulu tu ? Toksa la ambil example jauhjauh. Ang tengok ja perangai adek bradek ang..kawankawan ang..MUSUH-MUSUH ang..termasuk ang skali pun boleh. Orang kata sebelom nak bebel orang kena bebel diri sendiri dulu. Takuttakut t ada silap malu g. Ya dak?

    Kita(sejak bila pula ada kita) take 1 example la..toksa jauhjauh. Ang tengok kawan ang. Ang rasa ang boleh percaya sgt ka dengan dia? Ang penah jumpa tak kawan yang susah senang samasama?
    Kalau ada syukur la kerna dia memang orang terbaik Tuhan ciptakan untuk ang. Tapi yang aku tengok skrg bila senang ja ada kawan nak melekat kat kita 24 hours. Kalau da susah MAK AI! haram setitik habok pun takda! kawan ka tu? Setakat kawan nak gosip nak pot pet pot pet mak aku pun aku boleh bawa gosip boleh bawa pot pet pot pet. Tak yah suruh tak yah ajak pun da dia offer diri dia nak pot pet kat aku 24 hours. Hah kawankawan yang camni toksa bawa kawan ya adekadek. Sebab nanti kita dok ikut perangai dorang. Terikutikut sampai tak boleh majukan diri kita. Maka jadilah kita seorang insan yang terus dipengaruhi oleh gaya hidup negatif rakan sebaya kita.

    ** Nanti ada pula orang cakap hidop ja di dunia moden tapi fikiran kat situsitu ja sebab pa? sebab ang bgosip tentang benda yang sama ja ariari. Diri sendiri tak urus. Nak gak sebok hal orang lain.

    Ni lagi satu ni aku geram. Lau ya pun kita pernah bertengkar..bercakar..Tertarik tudung(isu sensitif ni)..TerKATA orang..apa salahnya nak berbaikbaik kan? Bukan susah pun nak minta maaf. Tapi ada satu hal yang menyukarkan kita untuk minta maaf balik ngan orang tu. Lets say la ang gaduh dengan anak jiran sebelah pastu ang nak minta maaf ngan dia but dia taknak terima maaf ang tu. Anak jiran sebelah tu kata ang tak ikhlas. Ang nak minta maaf sebab ang takot ang takda teman nak main masakmasak. Tapi anak jiran sebelah tu tak tahu yang ang memang betulbetul nak minta maaf. The worst thing dia pakat ngan budakbudak satu taman pulau kan ang. PERGHH! Bernana jiwa! Hah toksa cakap budakbudak orang tua pun sama. Sampai bila nak maju kalau kesilapan lama nak ungkitungkit balik. SAMPAI BILA!! sampai ang da kawin da ada anak da ada cucu da nak mampus baru nak maafkan orang tu.(kasar nampak) Common la. Maju kan la otak tu. Jangan jadi macam orang zaman batu. 

    Kadangkadang kan aku benci gak dengan dunia FACEBOOK ni. Macammacam jak dorang buat supaya orang makin minat kat benda ni. Aku paling la benci bila ada la sesetengah orang tu bagi aku soalansoalan ntah pa2 ja. Buat penuh wall aku ja. Nak tak nak aku kena layan. Kan namanya kita berkawan. Kena la layan leklok law tak kena cakap sombong tak tentu pasal. Hampeh tul!  Mana yang best aku layan! But aku rasa terkejut tau bila aku nampak soalan ni

    Soalan dari FACEBOOK : Siapakah musuh kepada si Polan? (soalan maut gitu)
    Si pengaju soalan tolong jawab kan : Yang tinggal kat depan rumah si Polan tu ngan yang kat tepitepi dia kecuali aku..dorang tu perangai macam H1N1

    satu soalan dari aku : Apakah perasaan anda bila anda sebagai musuh si Polan terbaca benda ni?

    Anda akan jawab : Weyh manusia..ang pikir ang kuat sangat..1 by 1 la kalau berani (sambil menumbuknumbuk meja..ksian meja tu)


    Bendabenda camni la buat orang tak pandai maju. Ada masalah sikit ja nak settle guna tangan ada pula tu sampai guna parang. Lek la. Kita 1 MALAYSIA beb!



    Ada masalah settle la cara bagus. Kedai maple kan banyak. Apa susah parking ja motor tu elokelok pastu duduk order teh tarik..bincang bekbek..settle masalah. Toksa la sampai nak tunjuk penumbuk segala. Ang tak dapat pa2 pun. Ang dapat lebam kat muka adalah. Tu baru sikit lau angkat tido dalam lokap camna? Dak ka malu mak bapak ang? Kalau kita terus terusan macam ni sampai bila nak maju? Sampai bila nak setlle? Sampai bila nak bersatu? Buang yang keruh ambil yang jernih. Masalah kecik jangan dibesarkan. Kalau kita bersatu negara pun maju. Bila negara maju rakyat pun maju. Napa? Hah lu pkir la sendiri kata nabil. (da taw tanya lagi)


    Hah ni lagi satu. Aku memang suka ayat ni 'BANYAK CAKAP BANYAK BOHONG'. Kadangkadang orang yang banyak cakap ni orang yang berani menyuarakan pendapat dorang dengan kita. Tapi jangan terlalu percaya dengan cakapcakap orang sebegini sebab apa? Hah ang tengok sesetengah pemimpin kita(sesetengah ja taw). Bila ja musim pencalonan pemimpin hah mula la dorang dok sebok nak kempen sana kempen sini. Nak janji ini nak janji itu pada rakyat. Nak tarik undi rakyat la konon nya. Bila da menang nanti dorang bagi la habuan yang dorang janjikan tu. Tapi apa yang kita dapat lihat secara realitinya? Janjijanji tu cuma cakap kosong. Dak ka kita kena tipu hiduphidup. Toksa la nak ambil example jauhjauh. Da berbelas tahun agaknya jalanraya kat kampung aku tu tak bertar. Air paip yang konon nya nak kena sediakan sampai skg tak da. Sampai atok dengan nenek aku da jadi arwah pun benda tu takda kat kampung kami. Rakyat ni kadangkadang mainan orang politik. Da puas 'main' buang camtu ja. Tak ka darah ang mendidih kalau camtu? Harap kan pemimpin ja nak maju buat pa? Rakyat pun ada menyumbangkan dalam pembangunan negara. Cuba ang habak mai pemimpin mana yang tak up law rakyat tak undi?



    Tapi susah gak kan bila kita da maju orang lain pula tak maju sama. Maksud aku bukan la tak maju dari segi teknologi & sebagainya tu. Tapi yang aku maksud kan perangai manusia kita ni. Ang ada kereta mewah,banglo 12 tingkat,harga berjuta-juta tapi kalau hati dan otak ang tak maju camna? sama gak ang tu cam katak bawah tempurung.






    jadilah macam saya katak diatas tempurung


    Open minded sikit boleh dak? Ang tak kesah ka orang lain da maju 10 langkah ke depan ang masih gak kat square 1? Lets just say, you have to follow the beat. Kadangkadang budak tadika tu pun boleh fikir more futher dari orangorang dewasa cam kita sini taw.

    So fikirfikir kan la. Sampai bila nak jadi camni? Kita nak berbaik, ang nak bermusuh. Kita nak maju, ang nak mundur. Minta ampun minta maaf lau terkasar bahasa. Maaf bagi yang terasa & maaf bagi penggunaan bahas&ayat yang kasar sikit (sikit?banyak tu). Siapa la saya untuk mgkritik tapi saya hanya menyuarakan pendapat dari hati.




    trulyfromhearttomind♥

    Tuesday, January 11, 2011

    Slot Akasia :: TIRAMISU

    Cerita Tiramisu ni buat aku tertarik. First aku dapat tahu cerita ni dari rancangan WANITA HARI INI. Cerita ni akan ditayangkan di TV3 pada pukul 6.30 pm. Aku alah bila dengar ceritacerita sal makanan ni. Aku sangka kan cerita ni pasal TIRAMISU(kek) rupanya jalan cerita nya yang berlapislapis cam TIRAMISU. But oleh sebab aku mahu tahu jalan cerita rancangan ni, aku sanggup berebut remote control tv tu dari mak datin yang minat sangat tengok cerita indon BUKAN DIRIKU. Pelik aku tengok TANIA HUDSON(LIANA) yang ayu di alam realiti jadi kejam di dunia lakonan. Interesting buat aku. Kalau nak lebih lanjut ikuti cerita ni setiap ISNIN-KHAMIS pada jam 6.30 pm hanya di TV3!


    SIPNOSIS CERITA TIRAMISU DALAM SLOT AKASIA TV3
    TIRAMISU mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.

    Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

    Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

    Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.

    Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Pastry Chef terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.
    Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha).

    Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.

    Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. 

    Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri. Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka? 

    PELAKON : Sharifah Amani (Melur), Pierre Andre (Daniel Mirzan), Adik Mia Sara (Ayesha), Tania Hudson (Liana), Shiela Mambo (Puan Gai), Rahhim Omar (Pakcik Sam), Zain Ruffedge (Faris), Faizal Yusof (Alias), Dira Abu Zahar (Intan) dan Azzam Zamani (Nik).

    The Pencil & The Eraser





    Pencil: I'm sorry

    Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

    Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me.

    Whenever I made a mistake, you're always there to erase it.

    But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself.

    You get smaller and smaller each time.

    Eraser: That's true.
    But I don't really mind.

    You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong.


    Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job.
    So please, stop worrying.
    I hate seeing you sad.


    I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational.

    Parents are like the eraser where as their children are the pencil.

    They're always there for their children, cleaning up their mistakes.

    Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on).

    Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.


    "All my life, I've been the pencil.. And it pains me to see the eraser that is my parents getting smaller and smaller each day.

    For I know that one day, all that I'm left with would be eraser shavings and memories of what I used to have..."



    trulyfromhearttomind♥

    Monday, January 10, 2011

    An Ordinary Day

    Last nyte I kinda slept pass my bed tyme. I've kept thinking of this 2 guys. One is my fren & one is my ex. I'm missing them a lot. Tears are the only thing came out first when this 2 special guy pop out through my mind.

    Macam baru ja 2 hari yang lalu aku bsembang dengan arwah Nell . Biar kami tak pernah pun jumpa but still arwah to kawan & pendengar yang baik. I'm gonna miss you bro ='( . Tak habishabis aku fikirkan dia. Serba salah aku dengan dia belum ada noktahnya. Arwah tu nak jumpa sangat. Nak bawa gi jalanjalan kat KK. But tak kesampaian. Aku kata aku akan gi sana bulan 5 ni for Pesta Menuai. Then arwah kata kalau aku da sampai infom ja kat dia. Nanti dia bawa aku gi jalanjalan. Aku ada gak jemput dia ngan gf dia gi majlis kawin sis aku bulan March & April ni. Arwah kata dia nak juga p but gf dia jaw kat melaka. Study kat sana. Arwah tu cakap suruh teman dia kalau dia datang t kat majlis tu. Aku pun excited la. Bukan apa. Aku da anggap dia macam abang aku sendiri. Kehilangan arwah buat aku fikiran aku terganggu semalaman. Aku rasa tentu arwah tu kecil hati dengan aku ='(. HMM. Aku nak cakap apa g. Orang tu da takda. Yang aku mampu buat sedekah kan doa ja untuk arwah. Arwah pernah tanya aku bila aku termimpi dia "Napa camtu? am I special to you?" . Aku kata special as my friend ja tak lebih tak kurang. Aku rasa pelik la dapat mimpi tu. Da sebulan aku tak text arwah tu. Tibatiba ja aku mimpi camtu. Macam ada mesej yang cuba dia sampai kan pada aku. Sedih aku bila aku ingat balik mimpi tu. Masih fresh g dalam otak aku. Bro aku harap kau tenang kat sana. Kami disini sentiasa doakan kau & merindui kaw. R.I.P RENNY DESELLAH BIN ABDULLAH. ='(

    Tapi dalam otak aku ni pun bukan ja ada arwah tu. Tapi aku juga masih rindukan c dia. da 4 hari hubungan kami berakhir. Aku rasa itu jalan terbaik untuk dia terus maju kehadapan. Dengan dia la aku mulai belajar memasak. Aku tak pandai pegang pisau. Seriously aku cam elergic dengan besi tu. Mesti ada ja air merah likat kuar kat jari aku bila da pegang benda tu. But dia selalu ada untuk ajar semua tu walaupn bukan melalui lisan dan pergerakan. Dia selalu suruh aku testtest masak. At first cam kekok sebab tak penah masak. Setakat nasi,air,telor & maggie tu boleh la tapi kalau da yang beratberat tu aku give up. Awalawal g aku surrender. But sampai bila aku nak camtu kan. so aku try untuk masak. Setakat ni aku rasa da ok. Aku da tahu nak masak 4 jenis lauk. ok ke 2 ah? Lantak arh.Hehe. But skg da takda g yang ajar aku masak. Da takda g teman aku bercerita. Aku kena biarkan dia bersendirian. Aku tak nak jadi penghalang masa depan dia. Aku akan terus skong dia walaupun dia tak pernah nak ambil tahu semua tu. Biarlah mesej aku tak berbalas bila aku text dia tp itu sudah cukup untuk aku sampai kan rindu aku dengan dia. I'll always care for you sayang. Miss you a lot. =')

    Aku rasa harihari camni aku da lalui. Kenapa harus aku mengalah kan? Aku akan buat 'Ordinary Day' ni jadi 'Special Day' . Aku akan buat apa yang aku suka hari ni. Tak kira la orang nak cakap aku gila. WHO CARES! Aku nak bosan ni hilang dalam hidup aku. Biar harihari yang ceria ja ada sebelum aku kena sambung belajar lagi. Well have a nice day to all of you. Cheer up!  =)


    trulyfromhearttomind♥

    Rest In Peace

    MAY YOUR SOUL REST IN PEACE
    RENY DESELLAH BIN ABDULLAH


    Ajal maut kita berada dalam tangan yang maha esa. Aku dapat berita yang seorang rakan facebook aku RENY DESELLAH BIN  ABDULLAH atau lebih di kenali sebagai RENY or NELL telah meninggal dunia akibat daripada kemalangan jalan raya. Pada mulanya aku tak percaya. Bila aku check wall FB arwah da banyak da orang komen sal pemergian arwah. Hati aku bagaikan nak tercabut bila baca komenkomen tu. Aku tak percaya arwah da pergi. Kurang lebih 2 minggu lepas aku ada text dengan arwah. Aku mimpikan dia. Pelik mimpi aku tu. Aku tak pernah bersua muka dengan arwah. Tapi melalui cara mesra dia layan aku dalam fone aku terus selesa dengan arwah. Melalui mimpi aku pun arwah da layan aku baik sangat. Aku da janji dengan arwah nak jumpa dia d KOTA KINABALU bila da habis SPM. Tapi aku takda peluang nak jumpa dia sampai la arwah da takda. Arwah tanya aku banyak kali da bila aku nak ke sana. Tapi beribu alasan aku bagi dengan dia. Aku da anggap arwah macam abang aku sendiri. Da macammacam aku kongsi cerita dengan arwah. Arwah tak pernah mengeluh. Aku rasa bersalah da berjanji dengan arwah tapi aku tak tunaikan langsung. Aku harap roh arwah aman di sana. Kepada ahli keluarga arwah dan teman istimewa arwah IZZATUL NADIA aku berharap dorang tabah mengahadapi semua dugaan ini. Berat untuk lepaskan arwah pergi tapi Tuhan lebih menyayangi arwah.You always be my bestest bro. May your soul rest in peace.

    Sunday, January 9, 2011

    Salahku Tetap Salahku



    Da tengah hari da rupanya. Da 2 bulan aku terus hidup macam ni. Aku pun tak tahu nak jadi apa dengan aku ni. Aku hilang arah bila terimbas kembali peristiwa tu. Salah aku ka dia dapat semua tu? salah aku ka dia jadi macam tu? Salah aku ka dia terus menjauh dari aku? ah! buat pa nak fikirkan lagi orang camtu! dia yang hancur kan hidup aku sampai aku jadi camni! Daripada fikirkan dia baik aku mandi. Mintaminta tenang juga la fikiran aku ni lepas mandi.

    Seperti biasa aku kena attend class start dari pukul 2.30 hingga 5.00 . Aku da tak semangat da nak jejakkan kaki aku ke kolej. Tapi aku kena kuat kan diri aku. Aku rasa aku kena bertindak sekarang. Aku nak berubah! YA! Aku mesti berubah! Aku tak boleh mengalah kerna hal bodoh ni! Hari tu aku da tak sisih kan lagi diri aku dari kawankawan aku. Dorang pun happy tengok aku sekarang. Thanks guys for cheering me up!

    Setahun kemudian..

    Life aku getting better sekarang. Aku da tak fikir sal benda tu lagi. Petang tu Fariz ajak aku joging dengan dia. Aku mengiakan saja. Lagi pun aku free hari ni. Assingment pun da siap semuanya. Aku bersiap cepat. Tak sangka pula kawan aku ni tetap handsome biarpun hanya berbaju sukan. Aku happy & selesa bila dengan Fariz. Dia la tempat aku mengadu segala masalah aku. Kadangkadang tu aku terasa macam aku da banyak beban kan dea. Thanks Fariz! Well kami duduk sekejap. Hilangkan penat. Nasib baiklah aku ada terbawa air mineral. Kalau tak gerenti aku menangis kehausan. Kotkot ada yang sampai munum air tasik di taman ni. Tapi aku rasa hairan bila Fariz terus memandang aku. Dia merenung tajam mata ku tika aku bercerita dengan dia. Aku percaya sapa saja yang di renung seperti itu gerenti cair punya! Renungan Fariz buat hati setiap gadisgadis bergoncang. Ceh! Mentangmentang la mata ang cantik! Tapi apa maksud renungan Fariz tu. Tak pernah dia macamni dengan aku. Pelik la!

    Aku terjaga bila aku mimpikan dia. Aku menangis sekuat hati aku. Aku marah pada diri aku! Aku rasa aku da cukup jahat & bodoh buat dia macam tu. Aku nak kan dia kembali dalam hidup aku! Tapi aku tak boleh paksa dia. Itu hak dia. Salahku tetap salah ku bila aku imbau kembali kenangan kami bersama. Aku tak berniat pun buat dia macam tu. Tapi apa yang boleh aku buat? Aku rasa dia da ada penganti buat diri aku. Tapi dia tetap takda penganti dalam hati aku.

    Liah ajak aku bermalam kat rumah dia malam ni. Ibu Liah minta tolong buat persiapan perkhawinan abang Liah. Aku tak keberatan. Aku terus mengemas barangbarang aku. Aku hanya bawa apa yang patut. Majlis perkhawinan abang Liah berjalan dengan lancar. Pasangan penganti serasi bersama bagai pinang di belah dua. Teringin sangat nak macam tu. Tersengih sendiri aku bila aku fikir camtu. Gatalnya kau ni Nia!

    PRANGG!

    "Opss! sory.sory! tak sengaja. I tak nampak you tadi ada kat belakang I" , rayu ku bila aku da TER-langgar seseorang. Aku rasa macam nak bunuh diri je bila buat baju orang tu basah. Cuai nya aku!

    "It's okay. Sikit je ni",katanya.

    Aku tersentak bila aku dengar suara tu. Aku pernah dengar suara ni tapi aku da tak ingat sapa tuannya. AH! lupakan la. Tak penting pun. Aku cepatcepat ambil gelas yang terjatuh tadi. Tengah mengemas tu entah macam mana dia boleh tersentuh tangan aku. Aku terus memandang sebentuk cincin di jari manis nya. Aku agak terkejut bila cincin tu ada nama Rania.
    "Eh?  Tu nama aku tu. Apasal ada kat cincin dia tu. Setahu aku hanya ada satu orang saja yang ada nama aku kat cincin dia", Aku berbisik seketika di dalam hati.



    "Emm..tak payah la susahsusah. I boleh kemas kan sendiri", kata ku. Da la aku kotorkan baju dia. Dia nak tolong kemas pula.

    "Takpe la. Tak kotor pun. Biarla sya tolong awak. Senang sikit keja awak tu nanti", pinta nya pada aku. Dia tetap nak tolong aku biarpun aku da halang.

    "Thanks tolong I ke....", ayat aku mati di situ bila terpandang wajah lelaki tu. Memori setahun yang lepas kembali bermain di fikiran aku. Kenapa kaw harus muncul semula sayang.



    To be continued....

    Tolong Sedarkan AKU

    Kalau dibaca & dihayati tajuk & lirik lagu ni memang sesuai dengan jiwajiwa yang sedang dilamun & dilanda kehampaan dalam percintaan & masalahmasalah sewaktu dengannya. Tapi aku tak suka penyanyi dia. Ya memang dia ada stail dia tersendiri but she's not my taste. uh! Aku lebih memilih Faizal Tahir dengan lagunya Hanyut menjadi juara AJL ke 25 ni. Tp syukur la ada juga dia dapat daripada takda lansung. Dah la kena berendam dalam air tu. Tak pernah aku tengok artisartis lain buat camtu. Anyway congratz kepada semua pemenang AJL ke 25!

    Lupakan entry pasal AJL ni. Aku da mulai feeling da bila tgk tajuk lagu TOLONG SEDARKAN AKU & HANYUT. Mula da rasa rindu tu ada dalam hati. Kadangkadang aku rasa bodoh kenapa perlu aku fikirkan halhal begini. Masih jauh perjalanan aku dalam dunia ni. Bukannya takda lelaki lain dalam dunia ni. Kalau dikira dengan jari tangan dengan jari kaki sekali tentu bilangan nya tak terkira. Tapi hati aku terus hanyut pada dia. Setitis air mata pun jatuh tanpa aku sedari. Ish nasibla ibu tercinta ada dalam bilik kalau tak. hmm.

    Pertemuan aku dengan si dia hanya sekadar melalui FACEBOOK. Tak sangka pula pertemuan dalam FB tu buat aku terus menerus berhubung & berniat meneruskan hubungan kami ni secara serius. Aku akui dia tak macam lelaki lain yang permah aku jumpa. Dia ada pendirian dia tersendiri. Cara dia bermesra pun agak berbeza berbanding dengan lelaki lain. Dia memang TAK romantik lansung. Dia da warning da aku awalawal yang dia tak suka keluarkan ayat yang berbungabunga untuk dapatkan hati seseorang tu. Dia jenis berterus terang tapi bukan lurus bendul. Biar pun itu kekurangan dia tapi aku terima & lama kelamaan aku selesa dengan cara dia tu.

    Aku da belajar banyak benda dalam hubungan kami tu. Ada juga sesekali tu aku kecil hati & marah dengan dia. Tapi sejujurnya dia tak pernah pun marah aku. Dia hanya sekadar menegur apa yang patut saja. Sebab tu aku selesa dengan dia. Aku terasa lucu bila dia akan main DOTA bila aku da tido saja! Disebabkan aku ni tak suka bila nampak lelaki main Dota dia jadi takut. Dia takut kalau perbuatan dia tu buat aku kecil hati dengan dia. Sampai nak minta izin pula tu bila nak main. Aku tak marah dia main la. Da minat dia. Nak buat camna. Hak dia takkan aku nak paksa kan? Kadangkadang aku biarkan saja dia terus hanyut dengan game dia tu.

    Tapi tibatiba saja dia berubah. Entah apa salah aku dengan dia. Mungkin aku selalu geram dengan dia kot. Aku minta maaf la kalau itu buat kau berubah. Aku tak sedar. Aku marah pun bersebab. Aku tak mahu kau hilang. da la berjauhan. sorang kat KL yang sorang lagi kat Sabah. Aku sedar dia mulai berubah bila aku bagitahu dia yang hubungan kami ni tak di restu di sebabkan berlainan agama. A ku da buntu da. Aku tak nak bagitahu di but tibatiba saja dia tanya kalau kami boleh kahwin ke tak. Aku explain cara baik dia tenang baca setiap butir mesej aku. Dia tetap mahu teruskan hubungan kami. Tak salahkan mencuba. Sapa tahu hati ibu berubah bila tengok bakal menantu dia jaga penuh rapi anak perempuan dia.

    Tapi hubungan kami tak lama. Dia da berubah total. Aku rindu suara manja dia. Bila saja aku call dia mesti cakap dia busy. Aku agak kecil hati. Tapi aku biarkan saja. Lama kelamaan aku biarkan begitu aku rasa bosan. Dia da tak mesej aku lagi macam selalu. Aku pun da penat dengan cara dia so aku tanya dia samada dia nak teruskan ka tak. Dia bagi aku jawapan yang pendek 'Ok.We're done'. Bergegar tangan & jantung aku baca mesej tu. Tapi aku cuba sedarkan diri aku yang semua ni untuk kebaikan dia. Lepas saja kejadian tu aku dapat rasa ada keresahan dalam diri aku.

    Nak tido pun susah. Handphone aku da letak jauhjauh supaya aku tak teringat kat dia terus. Tapi apa yang mampu aku buat lagi. Aku hanyut terus dalam perasaan ni. Beribu kali aku senyum pun tetap terpahat duka dalam hati. Tapi aku tahu aku tak boleh putar balik masa. Aku tak boleh paksa dia. Tu hidup dia. Aku cuma boleh doakan kebahagiannya dia dengan penganti aku. Tapi macamna dengan aku bila dia takda penganti?



    ♥him like always



    trulyfromhearttomind♥

    F.R.E.S.H

    Ordinary? yeah i'm just an ordinary girl. nothing special bout me. i don't have that TYRA BANKS'S looks or neither LISA SURIHANI'S beauty. i'm just me.

    Well entry ni just like a starting untuk aku kenal kan diri aku. aku masih FRESH dalam dunia blogging ni. da lma da nak create blog but disebabkan kecelikan dalam benda2 camni agakagak merosot so terbantut la niat nak meng-create blog sendiri. aku tertarik dengan benda ni sejak seorang teman ni bagi aku bca satu blog yang boleh dikatakan hebat sampai air mata pun bleh gak berbaldi bilangannya.

    but aku lebih suka 1 blog ni. http://ahmadnazrii.blogspot.com/ penulis blog ni tak la sesulit yang di mentioned oleh owner nya. blog dia biar pun panjang macam karangan 300-350 patah perkataan but still ia terhebat.penggunaan katakata & isiisi dalam blog silelalkisulit ni mampu mengoncang kan hati pembaca. ibuibu yang berada di luar sana juga tersenarai dalam list followers beliau. hah agak nya ibuibu da bersedia da nak jadikan dia menantu dorang.=)

    aku tak kesah sangat babbab followers ni. aku tak kejar benda tu. well pendek cerita masih banyak benda aku kena belajar sal blogging ni. btw thankx for drop by baca blog yang tak seberapa menarik ni.


    trulyfromhearttomind♥