The UnOrdinary Peoples ♥

Thursday, January 13, 2011

The 'Ancient People'

Korang rasa apa aku nak cakap sal entry ni. Mesti korang pikir aku nak berhujah panjang sal orang zaman purba kan? Haha. Sama sekali tak. Aku nak refresh balik ja perangaiperangai manusia zaman sekarang yang tak pandai majumaju. Maju gak arh but if perangai ntah pa2 camna? tak ka macam orang duludulu tu ? Toksa la ambil example jauhjauh. Ang tengok ja perangai adek bradek ang..kawankawan ang..MUSUH-MUSUH ang..termasuk ang skali pun boleh. Orang kata sebelom nak bebel orang kena bebel diri sendiri dulu. Takuttakut t ada silap malu g. Ya dak?

Kita(sejak bila pula ada kita) take 1 example la..toksa jauhjauh. Ang tengok kawan ang. Ang rasa ang boleh percaya sgt ka dengan dia? Ang penah jumpa tak kawan yang susah senang samasama?
Kalau ada syukur la kerna dia memang orang terbaik Tuhan ciptakan untuk ang. Tapi yang aku tengok skrg bila senang ja ada kawan nak melekat kat kita 24 hours. Kalau da susah MAK AI! haram setitik habok pun takda! kawan ka tu? Setakat kawan nak gosip nak pot pet pot pet mak aku pun aku boleh bawa gosip boleh bawa pot pet pot pet. Tak yah suruh tak yah ajak pun da dia offer diri dia nak pot pet kat aku 24 hours. Hah kawankawan yang camni toksa bawa kawan ya adekadek. Sebab nanti kita dok ikut perangai dorang. Terikutikut sampai tak boleh majukan diri kita. Maka jadilah kita seorang insan yang terus dipengaruhi oleh gaya hidup negatif rakan sebaya kita.

** Nanti ada pula orang cakap hidop ja di dunia moden tapi fikiran kat situsitu ja sebab pa? sebab ang bgosip tentang benda yang sama ja ariari. Diri sendiri tak urus. Nak gak sebok hal orang lain.

Ni lagi satu ni aku geram. Lau ya pun kita pernah bertengkar..bercakar..Tertarik tudung(isu sensitif ni)..TerKATA orang..apa salahnya nak berbaikbaik kan? Bukan susah pun nak minta maaf. Tapi ada satu hal yang menyukarkan kita untuk minta maaf balik ngan orang tu. Lets say la ang gaduh dengan anak jiran sebelah pastu ang nak minta maaf ngan dia but dia taknak terima maaf ang tu. Anak jiran sebelah tu kata ang tak ikhlas. Ang nak minta maaf sebab ang takot ang takda teman nak main masakmasak. Tapi anak jiran sebelah tu tak tahu yang ang memang betulbetul nak minta maaf. The worst thing dia pakat ngan budakbudak satu taman pulau kan ang. PERGHH! Bernana jiwa! Hah toksa cakap budakbudak orang tua pun sama. Sampai bila nak maju kalau kesilapan lama nak ungkitungkit balik. SAMPAI BILA!! sampai ang da kawin da ada anak da ada cucu da nak mampus baru nak maafkan orang tu.(kasar nampak) Common la. Maju kan la otak tu. Jangan jadi macam orang zaman batu. 

Kadangkadang kan aku benci gak dengan dunia FACEBOOK ni. Macammacam jak dorang buat supaya orang makin minat kat benda ni. Aku paling la benci bila ada la sesetengah orang tu bagi aku soalansoalan ntah pa2 ja. Buat penuh wall aku ja. Nak tak nak aku kena layan. Kan namanya kita berkawan. Kena la layan leklok law tak kena cakap sombong tak tentu pasal. Hampeh tul!  Mana yang best aku layan! But aku rasa terkejut tau bila aku nampak soalan ni

Soalan dari FACEBOOK : Siapakah musuh kepada si Polan? (soalan maut gitu)
Si pengaju soalan tolong jawab kan : Yang tinggal kat depan rumah si Polan tu ngan yang kat tepitepi dia kecuali aku..dorang tu perangai macam H1N1

satu soalan dari aku : Apakah perasaan anda bila anda sebagai musuh si Polan terbaca benda ni?

Anda akan jawab : Weyh manusia..ang pikir ang kuat sangat..1 by 1 la kalau berani (sambil menumbuknumbuk meja..ksian meja tu)


Bendabenda camni la buat orang tak pandai maju. Ada masalah sikit ja nak settle guna tangan ada pula tu sampai guna parang. Lek la. Kita 1 MALAYSIA beb!



Ada masalah settle la cara bagus. Kedai maple kan banyak. Apa susah parking ja motor tu elokelok pastu duduk order teh tarik..bincang bekbek..settle masalah. Toksa la sampai nak tunjuk penumbuk segala. Ang tak dapat pa2 pun. Ang dapat lebam kat muka adalah. Tu baru sikit lau angkat tido dalam lokap camna? Dak ka malu mak bapak ang? Kalau kita terus terusan macam ni sampai bila nak maju? Sampai bila nak setlle? Sampai bila nak bersatu? Buang yang keruh ambil yang jernih. Masalah kecik jangan dibesarkan. Kalau kita bersatu negara pun maju. Bila negara maju rakyat pun maju. Napa? Hah lu pkir la sendiri kata nabil. (da taw tanya lagi)


Hah ni lagi satu. Aku memang suka ayat ni 'BANYAK CAKAP BANYAK BOHONG'. Kadangkadang orang yang banyak cakap ni orang yang berani menyuarakan pendapat dorang dengan kita. Tapi jangan terlalu percaya dengan cakapcakap orang sebegini sebab apa? Hah ang tengok sesetengah pemimpin kita(sesetengah ja taw). Bila ja musim pencalonan pemimpin hah mula la dorang dok sebok nak kempen sana kempen sini. Nak janji ini nak janji itu pada rakyat. Nak tarik undi rakyat la konon nya. Bila da menang nanti dorang bagi la habuan yang dorang janjikan tu. Tapi apa yang kita dapat lihat secara realitinya? Janjijanji tu cuma cakap kosong. Dak ka kita kena tipu hiduphidup. Toksa la nak ambil example jauhjauh. Da berbelas tahun agaknya jalanraya kat kampung aku tu tak bertar. Air paip yang konon nya nak kena sediakan sampai skg tak da. Sampai atok dengan nenek aku da jadi arwah pun benda tu takda kat kampung kami. Rakyat ni kadangkadang mainan orang politik. Da puas 'main' buang camtu ja. Tak ka darah ang mendidih kalau camtu? Harap kan pemimpin ja nak maju buat pa? Rakyat pun ada menyumbangkan dalam pembangunan negara. Cuba ang habak mai pemimpin mana yang tak up law rakyat tak undi?



Tapi susah gak kan bila kita da maju orang lain pula tak maju sama. Maksud aku bukan la tak maju dari segi teknologi & sebagainya tu. Tapi yang aku maksud kan perangai manusia kita ni. Ang ada kereta mewah,banglo 12 tingkat,harga berjuta-juta tapi kalau hati dan otak ang tak maju camna? sama gak ang tu cam katak bawah tempurung.






jadilah macam saya katak diatas tempurung


Open minded sikit boleh dak? Ang tak kesah ka orang lain da maju 10 langkah ke depan ang masih gak kat square 1? Lets just say, you have to follow the beat. Kadangkadang budak tadika tu pun boleh fikir more futher dari orangorang dewasa cam kita sini taw.

So fikirfikir kan la. Sampai bila nak jadi camni? Kita nak berbaik, ang nak bermusuh. Kita nak maju, ang nak mundur. Minta ampun minta maaf lau terkasar bahasa. Maaf bagi yang terasa & maaf bagi penggunaan bahas&ayat yang kasar sikit (sikit?banyak tu). Siapa la saya untuk mgkritik tapi saya hanya menyuarakan pendapat dari hati.




trulyfromhearttomind♥

No comments: