The UnOrdinary Peoples ♥

Saturday, January 29, 2011

How Deep Is Your Love Sayang

Well aku tak dapat tido. Da sebulan aku camni. Kacau sangat fikiran aku. Aku da try da tido awal but just the same thing la. Aku da try buat benda-benda yang memenatkan. Kononnya aku dapat tido nyenyak la tu. But the same thing gak. Membuta je keja aku ni.
Aku seorang budak lepasan SPM. Well life aku camni sangat la tak sihat buat aku. If aku masih bergelar seorang pelajar gerenti cikgu akan lempang aku guna duster tu sebab tido dalam kelas dia. N aku juga yakin result aku akan jadi buruk yang teramat kalau aku hidup camni. Kadang-kadang aku rasa migrain aku da makin menjadi-jadi sejak aku alami insomnia ni. Aku da try da jumpa private doctor. Puan doktor cakap dia tak boleh bagi ubat penenang or ubat tido sebab dia takut kalau-kalau aku akan overdos. Aku rasa dia da taw sangat da masalah aku sampai aku camni. So langkah terbaik aku kena lupa segala masalah aku baru la aku boleh nikmati mimpi-mimpi indah aku.

Aku tak taw kenapa aku camni. Kenapa aku nak sangat ambil berat tentang dia? Kenapa aku nak sangat sayang kat dia? Kenapa aku nak sangat dia ada dengan aku? Perkenalan pertama kami hanya melalui laman sosial facebook. Agak ok buat perkenalan pertama. Semakin hari semakin sayang. Semakin rindu. Hubungan dari seorang rakan bertukar menjadi sepasang kekasih. Biar pun jarak menjadi penghalang tapi tu semua tak menjadi masalah buat kami.

Aku senang bila dia layan aku dengan cara baik. Dia tak romantik. Dia tak pandai memujuk bila sang kekasih hatinya merajuk. Tapi dia memahami perangai sang kekasih nya. Dia berusaha untuk memuaskan hati kekasih nya dengan menghantar mesej-mesej berbaur kan kasih sayang.Dia berusaha membuat kekasih nya senyum & ketawa melalui cerita tentang dia yang sedang melalui ragam-ragam manusia yang menjengkelkan semasa melanjutkan pelajarannya.

Si dia tidak mahu melepaskan kekasihnya itu. Mereka semakin rapat. Namun itu hanya sementara buat mereka apabila si dia berubah menjadi individu yang berbeza. Kekasih hatinya tidak mengeluh. Kesabaran penuh mengisi ruang hati hatinya. Air mata mulai mengalir di pipiku. Skrin sony ericsson w901i aku tatap dengan penuh penantian. Penantian satu mesej dari si dia. Namun hari tu lansung 1 mesej pun takda. Aku kecewa.

"Dia banyak keja kot. Takpelah", bisik hati kecil ini. Aku mengesat air mata ku. Aku tabah kan hati & set kan dalam otak aku yang dia tak kan pernah lupakan aku sebab aku taw yang dia menyayangi aku sepenuh hatinya.

Namun kesabaran ini telah sampai ke penghujung nya. Akhirnya aku memutuskan untuk pergi dari hidup dia. Dia tidak memujuk & dia tidak membantah.  Aku agak kecewa. Hati aku bagai kan dirobek-robek saat itu. Tapi aku kena tinggalkan dia untuk kebaikan diri dia & untuk masa depan dia. Aku yakin dia akan mencari aku bila dia sudah cukup bersedia untuk melanjutkan hubungan ini. Aku kena kuat kan diri aku. Aku tak maw jadi beban pada dia. Aku tak maw dia gagal dalam mengejar masa depannya.

Sebulan berlalu tanpa khaba berita dari nya. Status hubungan kami di facebook masih seperti dahulu. Aku yang meminta sebegini dengan alasan aku tak maw ada sesiapa ganggu aku. Dia mengalah. Dia akur dengan keputusan aku. Aku rindu akan suaranya. Setiap hari aku berdoa agar dia sentiasa selamat & sihat di sana. Berkali-kali aku ingin menghubunginya namun aku takut kalau dia cuak dengan aku. Setiap malam aku mimpikan dia. Indah mimpi itu. Mimpu tu akan jadi lebih indah jika ia menjadi realiti. Aku hanya mampu berdoa setiap hari untuk nya. Aku berharap dia akan berjaya walau aku tiada di sisi nya.

Cukup setahun kami tidak berhubung namum hati aku masih berpaut padanya & berharap dia masih menyayangi aku. Hari ni merupakan majlis konvo dia. Dia pernah cakap dia nak aku datang majlis tu. Tapi sayang sekali aku tak dapat tunaikan hajat tu. Aku hanya mampu mengucap syukur atas kejayaan yang dia miliki sekarang. Aku me-log in akaun facebook aku. Jantung ini bagaikan nak terjatuh bila dia mengubah status hubungan nya.

"Hafiz Tajuddin is in relationship with Armizah Wong"

Baru la aku sedar betapa jauh bezanya tinggi langit dengan bumi. Aku rebah. Aku menangis sepuas hati aku. Perasaan aku alami sekarang tidak dapat aku kongsikan pada sesiapa. Aku cuma mampu berdoa kepada-Nya untuk menambahkan kekuatan hati aku. Things happen. Aku nak buat macamna lagi?

Aku capai fone aku. Jari jemari aku tidak kuat untuk menekan butang fone. Suara ku pula tidak ingin keluar. Namun aku gagahkan diri untuk bercakap dengan dia. Aku mencuba untuk mendial nombor nya tapi gagal. Gagal kerana ketakutanku untuk mengucap kan kesemuanya pada dia. Lebih baik aku mencuba untuk menghubunginya pada waktu malam.

Malam tu aku da kumpul kan seluruh kekuatan aku untuk bercakap dengan dia. Aku mendail nombornya. Beberapa saat kemudian ada suara lelaki yang cukup aku kenali singgah di telinga ku. Aku mematikan nya. Nampaknya aku masih belum bersedia untuk bersuara dengan dia. Akhirnya aku memutuskan untuk menghantar mesej ringkas padanya.

" Salam. Maaf jika kehadiran mesej ni menganggu masa awak. Saya nak ucap tahniah sebab awak da berjaya sekarang. Maafkan saya sebab tak dapat hadir ke majlis konvo awak. Saya rasa kehadiran saya tidak diperlukan saat majlis itu kerana selama ni tanpa saya awak boleh melakukan semuanya dengan berjaya. Saya bangga dengan awak! Saya happy untuk awak. Tahniah juga sebab awak da ada penganti saya. Awak taw tak itu kawan saya? Jaga dia elok-elok ya? Dia baik orangnya. Jangan sesekali mainkan perasaan dia. Saya rasa tu saja yang saya nak cakap. Semoga awak bahagia selalu =)"


Aku menangis lagi. Air mata ini menjadi lebih deras bila membaca balasan mesej aku dari dia.

"Thanks anyway. Tapi I tak kenal You sape. Boleh I taw sape ni?"

Aku mematikan fone aku. Aku sangat kecewa bila dia melupakan aku dengan sebegitu cepat. Semalam aku menangis tanpa henti. Ini kah balasan pada orang yang terlalu setia pada seseorang itu? Ini kah balsan pada orang yang menyayangi & menyintai seseorang itu? Dimanakah letaknya keadilan diri ini? Hendak ku campak kan kemana lagi perasaan ini?


*** Selalu nya kita menaburkan pelbagai janji pada pertemuan pertama bersama si dia. Menjanjikan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Namun itu semua hanya la janji palsu. Sebelum menjalinkan hungan yang khusus janji-janji seperti ( kalau awak jadi girlfriend saya,saya tentu takkan kecewa kan awak) (kalau awak jadi makwe saya, saya akan jaga awak sehingga hujung hayat saya).
Seriously aku tak percaya benda karut ni. Kenapa? Sebab janji-janji ni hanya trick untuk dapatkan hati seseorang. Sampai bila la janji tu nak kekal. Cukup sebulan si dia akan berubah hati & janji-janji yang dia tabur kan dulu sudah di campakkan  jauh ke dalam jurang lautan Mariana. Kedalam cinta seseorang sukar untuk di ukur kerana ia boleh berubah dari masa ke semasa. Begitu juga dengan pendirian individu tersebut.

***Moral of the story is...jangan buta kerana cinta. Tak takut ke jatuh nanti? Bile da jatuh susah taw nak bangun. Sebab ape? Sebab mata awak da buta oleh cinta. JANGAN SAMPAI TERNODA!

3 comments:

atika :D said...

aku skak ini . !

azRyn said...

curious on the story.. ini CEREKA atau cerita benar..?

OnlyEuricca said...

atika: thankx deq =)
kak ryn: eurm campur2 =) tp lbih kpda kbnran =)