The UnOrdinary Peoples ♥

Sunday, January 9, 2011

Tolong Sedarkan AKU

Kalau dibaca & dihayati tajuk & lirik lagu ni memang sesuai dengan jiwajiwa yang sedang dilamun & dilanda kehampaan dalam percintaan & masalahmasalah sewaktu dengannya. Tapi aku tak suka penyanyi dia. Ya memang dia ada stail dia tersendiri but she's not my taste. uh! Aku lebih memilih Faizal Tahir dengan lagunya Hanyut menjadi juara AJL ke 25 ni. Tp syukur la ada juga dia dapat daripada takda lansung. Dah la kena berendam dalam air tu. Tak pernah aku tengok artisartis lain buat camtu. Anyway congratz kepada semua pemenang AJL ke 25!

Lupakan entry pasal AJL ni. Aku da mulai feeling da bila tgk tajuk lagu TOLONG SEDARKAN AKU & HANYUT. Mula da rasa rindu tu ada dalam hati. Kadangkadang aku rasa bodoh kenapa perlu aku fikirkan halhal begini. Masih jauh perjalanan aku dalam dunia ni. Bukannya takda lelaki lain dalam dunia ni. Kalau dikira dengan jari tangan dengan jari kaki sekali tentu bilangan nya tak terkira. Tapi hati aku terus hanyut pada dia. Setitis air mata pun jatuh tanpa aku sedari. Ish nasibla ibu tercinta ada dalam bilik kalau tak. hmm.

Pertemuan aku dengan si dia hanya sekadar melalui FACEBOOK. Tak sangka pula pertemuan dalam FB tu buat aku terus menerus berhubung & berniat meneruskan hubungan kami ni secara serius. Aku akui dia tak macam lelaki lain yang permah aku jumpa. Dia ada pendirian dia tersendiri. Cara dia bermesra pun agak berbeza berbanding dengan lelaki lain. Dia memang TAK romantik lansung. Dia da warning da aku awalawal yang dia tak suka keluarkan ayat yang berbungabunga untuk dapatkan hati seseorang tu. Dia jenis berterus terang tapi bukan lurus bendul. Biar pun itu kekurangan dia tapi aku terima & lama kelamaan aku selesa dengan cara dia tu.

Aku da belajar banyak benda dalam hubungan kami tu. Ada juga sesekali tu aku kecil hati & marah dengan dia. Tapi sejujurnya dia tak pernah pun marah aku. Dia hanya sekadar menegur apa yang patut saja. Sebab tu aku selesa dengan dia. Aku terasa lucu bila dia akan main DOTA bila aku da tido saja! Disebabkan aku ni tak suka bila nampak lelaki main Dota dia jadi takut. Dia takut kalau perbuatan dia tu buat aku kecil hati dengan dia. Sampai nak minta izin pula tu bila nak main. Aku tak marah dia main la. Da minat dia. Nak buat camna. Hak dia takkan aku nak paksa kan? Kadangkadang aku biarkan saja dia terus hanyut dengan game dia tu.

Tapi tibatiba saja dia berubah. Entah apa salah aku dengan dia. Mungkin aku selalu geram dengan dia kot. Aku minta maaf la kalau itu buat kau berubah. Aku tak sedar. Aku marah pun bersebab. Aku tak mahu kau hilang. da la berjauhan. sorang kat KL yang sorang lagi kat Sabah. Aku sedar dia mulai berubah bila aku bagitahu dia yang hubungan kami ni tak di restu di sebabkan berlainan agama. A ku da buntu da. Aku tak nak bagitahu di but tibatiba saja dia tanya kalau kami boleh kahwin ke tak. Aku explain cara baik dia tenang baca setiap butir mesej aku. Dia tetap mahu teruskan hubungan kami. Tak salahkan mencuba. Sapa tahu hati ibu berubah bila tengok bakal menantu dia jaga penuh rapi anak perempuan dia.

Tapi hubungan kami tak lama. Dia da berubah total. Aku rindu suara manja dia. Bila saja aku call dia mesti cakap dia busy. Aku agak kecil hati. Tapi aku biarkan saja. Lama kelamaan aku biarkan begitu aku rasa bosan. Dia da tak mesej aku lagi macam selalu. Aku pun da penat dengan cara dia so aku tanya dia samada dia nak teruskan ka tak. Dia bagi aku jawapan yang pendek 'Ok.We're done'. Bergegar tangan & jantung aku baca mesej tu. Tapi aku cuba sedarkan diri aku yang semua ni untuk kebaikan dia. Lepas saja kejadian tu aku dapat rasa ada keresahan dalam diri aku.

Nak tido pun susah. Handphone aku da letak jauhjauh supaya aku tak teringat kat dia terus. Tapi apa yang mampu aku buat lagi. Aku hanyut terus dalam perasaan ni. Beribu kali aku senyum pun tetap terpahat duka dalam hati. Tapi aku tahu aku tak boleh putar balik masa. Aku tak boleh paksa dia. Tu hidup dia. Aku cuma boleh doakan kebahagiannya dia dengan penganti aku. Tapi macamna dengan aku bila dia takda penganti?



♥him like always



trulyfromhearttomind♥

No comments: