The UnOrdinary Peoples ♥

Sunday, February 27, 2011

Tak Payah La Tolong



Entry kali ni berkaitan dgn entry yang INI ! Aku nak cakap pendek jek kali ni




TAK PAYAH LA BUNUH AKU SEBAB RESULT SPM TAK KUAR ESOK!! YIPIIIEEEEEE! =)




Aku senyum lebar macam dia ni =D










P/S: memandai jek korang ye..result tak kuar 28 Feb 2011 la... budak PLKN pun tak balik g..kesimpulannya...AKU DI PERBODOHKAN! nak tampar boleh??? =)

Saturday, February 26, 2011

Saya Nak Minta Awak Tolong Boleh Tak?

Hai! Tak tau nak kate ape. Sebab aku memang tengah bengang fullblast! Aku tak tahu la nak explain camne kat korang. Tapi korang dengar la rintihan aku ni boleh tak? Kalau tak boleh kena gak dengar!(amboii suke sangat tau pakse orang)


Pada 26 Febuari 2010 tepat pada jam 5.30 aku da bagon da sebab aku kena ikot bengkel jam 7. Sengaje aku ready awal yelah sape tak faham pompuan bila da bab-bab siap menyiap ni. Da siap mandi kena la pakai baju kan? Kalau tak pakai lain pulak jadinya! Opsala! Kesulitan aku da start da time tu. PUAN DATIN cuci jeans aku daaaaaaaaaaaaa! Jeans tu aku da letak kat kerusi leklok. Boleh pulak dia g basoh lagi! Sah-sah la aku lambat g bengkel kan. Nasib baik seluar aku kering. Terima kasih Iron!

Tu satu hal. Hal yg satu g cousin aku lambat bangun. Da la aku lambat boleh pulak dia gerak macam pig snail. Rase macam nak jerit kuat-kuat je kat muke poyo dia tu!


Rase macam nak buat kat dia cam ni pun ade gak


Da tu aku baru je nak buat air tiba-tiba pulak makcik aku sound aku! Hey! Bukan salah ok kalau aku lambat! Aksi melepaskan geram telah dilakukan terhadap pintu bilik aku & fone aku. Kesannya pintu bilik aku da tak boleh tutup da & fone aku...erk??? toksa cakap la. Aku rasa korang mesti tau camne keadaan fone aku tu. Sebab tu la Puan Datin tak nak belikan aku Blackberry. Cube korang bayangkan kalau Blackberry yang aku banting-banting. Sayang bukan?

Tapi cukup sampai kat situ je la kemarahan aku. Aku balik rumah je pas bengkel tu tross aku landing baik punyee kat katil aku. Bagi merelease kan tension aku cube test try la sora aku yang tak seberape nak sedap nye ni tapi boleh ar fight dengan Miley Cyrus tu (ceh! sora macam katak nak fight dengan dia..P raaaaaaaa!) . Aku test kat bilik jek. Kalau kat luar takot pulak jiran sebelah post kan aku heels 4 inchi kat mulo aku ni. Bile da puas test sora aku pun usha FB aku. Kat sini la aku mulai nak minta tolong kat korang sume!






BOLEH BUNUH SAYA TAK? SEBAB RESULT SPM SAYE AKAN KELUAR ISNIN NI!!!









P/S: Toksa la bunuh betol-betol..nanti korang masok jail pulak lagi pun aku tak pasti la betol ke tak result tu akan kuar isnin ni...kusut fikiran aku! =)

Thursday, February 24, 2011

CONTEST JIKALAU AKU DOREMON


Hai korangggg!!! Korang nampak tak banner kat atas ni? Hah mai sini aku nak story mory sikit sal contest banner ni. Tadi tengah aku syok usha chats kat shoutmix ada 1 blogger ni suruh aku follow dea. Bab follow mollow ni aku takda hal punye. Saya on saja ba!




Hah korang nampak tak kotak colour merah 2? Tu la blogger yang aku mentioned tadi. Pas je nampak chat tu aku tross usha blog blogger ni. Jom usha blog Puan LennMommaChubby! Tengah aku syok usha aku terlihat 1 contest yang very interesting! Kalau adik-adik tengok mesti suke gilerr la!

Contest ni dianjurkan oleh Cik Ika. Contest diberi nama 'CONTEST JIKALAU AKU DOREMON'! Ok aku rasa kalau korang bace sal contest ni mesti korang pun da mulai berimaginasi rite? Aku tau korang punya imaginasi mesti tahap gaban punya. So aku sarankan korang join masuk contest ni. Join tu join jugak tapi rules mesti arh kena ikot. Ok jom intai rules oleh Cik Ika kite ni:




SYARAT DAN PERATURAN

  1. follow ika.. -DONE-
  2. buat satu enty bertajuk contest "jikalau aku doremon..." se kreatif yang boleh,  -DONE-
  3. copy dan letakkan gambar doremon ni dalam entry kawankawan. -DONE-
  4. tinggalkan link contest kat komen di bawah. -DONE-
  5. pastikan kawankawan seorang yang kuat mengarut merepek kerepek. -SAYA MEMANG SUKA MEREPEK-
  6. tag kat 3 orang kawankawan korang. tapi lagi ramai lagi bagus. -DONE-
  7. dateline; 31 Mac 2011
  8. hadiah; topup @ shawl @ tengok pada keadaan sebab kalau bole ika nak bagi benda yang bole dipakai

Ok selesai da baca rules so jom kita mulakan imaginasi kartun kita!!! (semangatnye!)


JIKALAU AKU DOREMON.....

Aku nak supply ubat-ubatan kepada seluruh manusia kat bumi ni. Ubat yang aku supply ni ada mengandungi bahan-bahan yang gerenti buat orang tu sembuh bila da makan. Firstly, aku nak bagi ubat ni kat PUAN DATIN yang sekarang da mulai da sakit kuat. Aku nak beliau sembuh sepenuh nya sebab aku tak nak kehilangan beliau macam aku kehilangan TUAN DATOK. Pas tu aku akan supply ubat tu pada orang-orang yang ada penyakit kritis banget. Aku nak penyakit-penyakit yang menghantui manusia di hapuskan melalui ubat aku tu.Tapi kalau penyakit di lamun cinta atau nama saintifiknya ANGAU tu tak boleh diubati. Ubat aku tak berkesan pada penyakit tu. Harap maklum!



JIKALAU AKU DOREMON.....

Aku nak bekal kan tabung kepada semua orang supaya korang boleh menabung. Aik nanti dulu! Tabung aku special sikit! Kalau korang isi sebulan RM100 atau lebih korang akan dapat tiket wayang free taw! Aku akan bagi berapa banyak yang korang nak! So boleh la korang bawa mak bapak korang g tengok wayang. Jimat duit toksa beli CD! Tengok je kat cinema guna tiket free tu tapi popcorn & minuman korang beli sendiri lerrr! Selain tu boleh gak bawa cik awek & cik awok g tengok wayang sama. Ops! Tapi tak boleh berdua-duan taw kenala bawa family skali. Kan elok tu. Boleh erat kan silaturahim dengan mak mertua. =)




JIKALAU AKU DOREMON.....

Aku nak sedia kan satu mesin kembali ke masa lampau. Alaa macam citer Back To The Future tu tapi ni Back To The Past punya versi dari aku. Mesin ni akan bawa korang back to the past. Contoh la korang tertinggal blackberry korang kat bas stop, korang boleh guna mesin ni untuk ambil balik blackberry korang tu. So selamat la gaji korang tu toksa nak beli fone baru lagi.  Mesin ni boleh gak bantu korang yang becintan cintun tu. If korang da gaduh dengan couple korang pastu break, korang boleh la g balik masa korang gaduh tu. Try untuk stop kan pergaduhan tu. Sweet tak?? Kalau korang da kehilangan sesorang boleh gunakan mesin ni untuk tengok muka orang tu lagi. Terlerai gak rindu. Aku da kehilangan Tuan Datok so kerinduan aku pada beliau boleh aku ubati bila aku g balik masa lampau. Time tu la aku akan menangis-nangis nak minta maaf sebelum beliau nak tinggal kan kitaorang buat selama-lamanya. Time tu juga la aku akan marah beliau sepuas-puas hati aku bila beliau mulai nak hisap rokok.  Time tu juga la aku nak beliau tau yang aku sayang sangat dengan dia. Ok da toksa sedih! Tu hanya contoh semata-mata =)



JIKALAU AKU DOREMON.....

Aku nak bekal kan 1 cip untuk pelajar-pelajar. Cip ni kalau letak kat kepala confirm korang boleh study lancar punye! Kalau rase-rase cikgu kat class tu anoying sangat korang boleh guna cip ni bila study. Cip ni mampu menyerap segala benda yang korang baca. If cikgu maths tu ajar korang style dia ajar budak form 6 sedangkan korang budak form 3 korang iyakan saja. Apa susah ada cip ni kan. Balik rumah revise balik topic yang cikgu tu ajar kat skola guna cip ni. Sakit kepala confirm hilang! Tapi harus diingatkan yang cip ini tidak akan berkesan jika digunakan waktu exam-exam biase mahupun exam-exam awam yang harus kita jalani walaupun kita tak nak jalani.=.=


JIKALAU AKU DOREMON.....

Aku nak bagi satu mesin penyemak markah yang super duper fast tapi semakan di buat tu sangat la tepat dan cekap. So cikgu-cikgu kat luar sana goyang kaki sikit. Toksa siang malam nak rite kertas exam anak murid yang kadang-kadang ntah pa-pe je jawapannya tu. Tak juga cikgu-cikgu pening kepala sebab tak cukup tido. Murid-murid pun takde la balik-balik tanye soalan yang same " Cikgu markah kertas BM bila nak bagi?" . Aku pun pernah jadi pelajar so aku faham sangat situasi ni. Bagi pelajar-pelajar yang sudah menduduki UPSR,PMR &SPM boleh la dapat result awal. Toksa la nak gelabah semacam sebab asyik dok pangkah haribulan je kat kalendar tu. Sekurang-kurang nya takda la tiba-tiba terkejut berok bila dapat khabar angin result keluar awal sebab mesin ini akan mengeluarkan result pelajar-pelajar selepas 2 bulan pelajar menduduki exam dari hari pertama lagi. So pas ni takde arh lagi nak tanye camni "Bila result nak keluar ni?". Kalau pertanyaan ni masih ade memang sah la budak tu tak pandai tengok kalendar. Aku buat mesin ni sebab aku nak tau aq lulus dengan cemerlang nya ke dalam SPM! Benci arh nak tunggu lama-lama! Hey doremon pun skola taw! =P


OK la tu je la nak cite. Nanti pening kepala cik penganjur kita bace benda merepek ni. Tapi takpe Cik Ika gak suruh kite merepek macam kerepek. So Cik Ika sediakan la banyak-banyak ubat pening kepala sebelom bace ni.

Saya dengan ini mentag:







p/s:: saje je nak tag ramai-ramai..nak test tahap mana imaginasi korang..Cik Ika pa macam? Boleh tahan tak imaginasi merepk kerepek saye ni? =)



Blog Pink






Salam 1 Malaysia kepada para bloggers. Ni nak cite sikit sal segmen Blog Mengikut Warna oleh Pengasas Blog Pilihan Malaysia iaitu Encik Azman Roslan. Aku terusha segmen ni kat blog Encik Solihin Zubir. Macam best je bila bace segmen ni. Korang tengok blog aku ni warna pe? TING! Da dapat jawapan kan? Ok semestinya aku akan join kategori blog warna PINK. Sebelum join mesti kena tau rules rite? Ok jom usha rules segmen ni:



Kumpulan Blog Pink

Untuk menyertai segmen ini, anda perlu buat satu entri yang mengandungi:
  • Tajuk entri "Blog Pink"
  • Link blog ini
  • Ceritakan dengan menarik, kenapa anda memilih warna tersebut dalam blog anda?
  • Sila tag 2 blog rakan anda yang mempunyai tema warna yang sama dengan anda. pastikan mereka tahu. (wajib kena tag 2 rakan, kalau lebih lagi bagus..)

Rules da di jelaskan so mai tengok kenapa blog aku PINK :



WHY PINK?

First of all, Why I'm choosing PINK ? Because it's my favourite colour. Aku sangat suka colour ni sebab warna ni dikategorikan dalam golongan warna-warna lembut. Warna ni sesuai untuk gadis-gadis atau lebih kepada kanak-kanak perempuan sebab warna ni menyelitkan unsur-unsur kecomelan dalam diri si pengemar. Warna PINK  juga adalah warna yang sweet!! So bila da pilih warna ni sebagai tema blog aku..aku rasa macam cute & sweet je bila nak blogging. (laaa puji diri sendiri lagi) 
But kekadang ada orang yang tak suka warna ni sebab to girlish or erti kata lain GEDIK & kekadang warna ni buat sakit mata kata orang tu. Hey warna merah lagi buat sakit mata dok! But terpulang la pada korang nak nilai sesuatu warna tu camne. Ape yang penting SAYA SUKA WARNA BLOG SAYA!

Pink IS?????????

Ia warna larangan? Tidak. Sebaliknya, ia melambangkan keyakinan dan keberanian kerana anda memakai ton warna yang sering dilabel feminin.
Merah jambu…ada berani? Warna merah jambu atau pink sering membuatkan kebanyakan lelaki berkerut dan menggeleng. Ini kerana kaum lelaki menganggap warna ini sangat ‘tidak masuk’ dengan mereka.
Warna ini dianggap menyerlahkan ciri feminin yang sangat kuat. Lantas mengenakan warna ini bagi lelaki seolah-olah menghilangkan ‘kemachoan’ mereka.
Sebenarnya, tidak dapat dipastikan sejak bilakah perkaitan warna dengan sesuatu jantina mula dilakukan.
Warna merah jambu sering dilabel sebagai warna wanita dan warna biru, sebaliknya adalah untuk lelaki. Jika anda berfikir kedua-dua warna ini sememangnya secara tradisi dilabelkan sedemikian, ia sebenarnya tidak tepat.
Pensyarah di Lancaster University, Britain, Dr. Veronika Koller mendakwa, sebelum Perang Dunia Pertama, warna merah jambu biasa dipakaikan kepada kanak-kanak lelaki dan warna biru dikenakan oleh kanak-kanak perempuan.
Ini mungkin kerana merah jambu yang merupakan ‘basuhan’ warna merah dilihat lebih agresif berbanding warna biru yang sering dikaitkan dengan kelembutan seperti langit dan lautan.
Bagaimanpun, menurut Koller, keadaan berubah menjadi sebaliknya selepas Perang Dunia
Pertama. Apabila pakaian pasukan beruniform, pekerja buruh kerja lelaki dan sektor pekerjaan yang dimonopoli kaum lelaki mula mengenakan warna biru, ton warna itu kemudian dilabel untuk lelaki.
Industri pemasaran kemudiannya mengambil warna merah jambu untuk diberikan kepada wanita hanya sebagai pertentangan.
Walau apapun, oleh kerana stigma merah jambu untuk lelaki begitu kuat hari ini, kita tidak dapat menghilangkan begitu sahaja persepsi itu.
Namun, kemunculan lebih ramai kelompok lelaki yang semakin obses dengan perubahan fesyen sedikit sebanyak membantu memudarkan persepsi itu.
Mesejnya mudah, jika kena gayanya anda mungkin mampu kelihatan lebih segak, mempesona walaupun dengan peragaan merah jambu.
Jika anda pernah menonton filem Brown Sugar, anda tentu mengakui betapa hebatnya baju panas merah jambu.
Dalam satu adegan, aktor Boris Kodjoe mengenakan baju panas crew-neck bula Kashmir merah jambu dengan seluar gelap dan ia kelihatan sangat menarik. Sememangnya warna merah jambu amat padan digandingkan dengan hitam, kelabu atau biru gelap yang memberi pernyataan sofiskated.
Memakai kemeja berwarna merah jambu di pejabat memudahkan anda meraih perhatian memandangkan tidak ramai yang memakainya.
Ia bukanlah satu masalah sekiranya baju yang dikenakan sesuai dengan bentuk tubuh anda dan tidaklah terlalu terang.
Satu lagi, elakkan daripada menyingsing lengan baju sehingga ke bahagian siku, kerana ia akan menambah ciri feminin apabila menyerupai potongan pakaian wanita. Kemeja berjalur merah jambu halus juga patut dimiliki di dalam almari baju lelaki.
Baju T merah jambu dengan kolar berwarna putih yang kontras pula memberikan anda penampilan yang modern-edge, sesuai dengan gaya urban. Mengenakan seluar merah jambu sememangnya tidak bersesuaian untuk lelaki melainkan dengan suit.
Bagi pria yang baru hendak berjinak-jinak dengan warna merah jambu, anda boleh memulakannya dengan aksesori. Aksesori seperti jaket, stokin dan topi berwarna merah jambu adalah tidak digalakkan bagi lelaki. Tetapi, sesetengah lelaki mampu tampak hebat dengan tali leher, sapu
tangan atau kot berwarna merah jambu. Aksesori berwarna merah jambu pucat sesuai berpadu bersama pakaian coklat dan kelabu.
Seperti merah, warna merah jambu juga melambangkan cinta. Jika merah membawa maksud keghairahan, merah jambu membawa maksud romantik dan mempesona. Merah jambu adalah warna kesukaan wanita dan anda mungkin mampu menarik perhatian.
Bukan sahaja kerana rona merah jambu bersesuaian dengan ton kulit kebanyakan manusia dan semakin ramai lelaki yang mengenakannya, memakai warna merah jambu juga membuat anda sebaris dengan jejaka idaman wanita dunia seperti Ashton Kutcher, Usher, Tyson Beckford, Saif Ali Khan, Hrithik Roshan, Rod Steward mahupun Donald Trump.
Satu lagi, jika anda seorang lelaki ia kini ada definisi baru. Ia melambangkan anda seorang yang yakin dan berani!
“Seorang lelaki yang memakai warna merah jambu menunjukkan dia seorang berkeyakinan dan berani kerana memakai ton warna yang sering dilabel feminin,” kata Stan Williams, pengarah Maxim, sebuah majalah gaya hidup lelaki.
Jadi, adakah anda berani?



So da jelaskan pasal warna pink. So bagi yang meminat warna ni kekalkan minat anda jika nak nampak sweet je sentiasa! kikikiki! Warna ni aku akan kekalkan sebagai warna paling top dalam colour list aku. Bila da minat pink mustahil la barang-barang aku tak kepink-pinkgan. Mase skola pencilbox aku warna pink tau! Beg aku tu kalau boleh aku nak beli je ikot colour tu tapi skola aku ni sangat-sangat la demanding nak juga beg colour hitam. So LAME! Bilik aku pun colour pink gak. Pendek kata semuanya pink. Nampak sangat da kan kegilaan aku pada warna ni. So jangan nak benci-benci pink sebab pink itu warna saya!
Cerita sal warna PINK aku ni da panjang so saya dengan ini berusaha keras untuk mentag dan memastikan orang-orang ni join segmen ni:
sweet ATHIRAHZAKI =)
&
the hawt TIAFAZUNIA
&
semua bloggers yang minat ngan pink






p/s:: da kena tag wajib join taw! =)

Tuesday, February 22, 2011

DAMN HE CAN SING!!!!



His name is ARTHUR SINTAR . He's my friend but he's my boyfriend once! Damn I didn't know he can sing well! I only know he can play the guitar!  He sang this barney song much better than he sang Yuna's song in the fone with me the pass 2 years ago. He's a nice guy! A very very very nice person! He dadicated this song for Belinda,his Gf. (I guess so la) So sweet! Hey Belinda lucky you to have him. Take a good care of him aite? And as for you my friend thankx for all the good and bad times that we had together for the 2 years we have been through in our relationship. I'm moving on and so do u! Miss that moment! By the way enjoy this video peeps








p/s: Istill can't belive u can sing man!

Apabila Maksud Signboard Tunggang Terbalik........

Apabila Maksud signboard tunggang terbalik mesti korang yang baca signboard tu pun akan jadi senget banyak sikit sebab nak faham apa sebenarnya maksud tersurat & tersirat pada signboard tu. Jom usha signboard-signboard ni. Kita test tahap kesengetan otak kita untuk faham maksud sigboard ni =)






ok rasa nya orang yang buat signboard ni yang 'DRINK' sampai ejaan DON'T jadi DONT'T



 kalau korang nampak ni korang rasa apa korang patut buat. Lebih baik duduk diam =)



 owh no! amat la ganas!




 fuiyoooo! lek la der. Marah sangat u ni




Yang pasal 'ATTENTION' tu aku agak blur sikit. Yang soal 'ATTENTION DOGS' tu memang tak boleh blah! Siap ada bahasa anjing lagi tu!  Kalau la korang TERbaca sign ni mesti terkial-kial  nak buat bahasa anjing tu. Tapi jangan la korang baca sebab korang tu manusia bukan anjing!




 Ni aku agak cuak sikit BANYAK! boleh masuk ke tak ni! HMMM???!!!




 Notice da cantek da tu but 'DYING'??????



 Tu je ke nak bagitaw. Edges kau tak sharp pon I tgk!


 TERMINATING MACHINE??????




 Haha aku rasa MANAGER bar ni da senget da. Macam je kita tak faham sebab bar tu tak bukak!




 Berterus terang bukan? =)





 Go back toward your behind? Kan senang if u cakap go back home je




 WOW! Selama aku study ilmu alam (GEOGRAFI) aku tak tau pun jam da ada 25JAM. Betul-betul beroperasi la kedai ni.  Bagi adik-adik yang baru kenal apa itu ilmu alam jangan dok sebok nak cek jam ang ada tak masa tambahan untuk 25 JAM. Kita cuma ada 24 JAM ok!




 Losers?? Opsss saya bukan =P




 Eurmmm Di Dakwah?? Adik-adik yang masih berskola tu akak Ricca nak tanya ni. Adakah ejaan Dakwah tu betol?? Spm tanya camni tau!




 Alamak betol pulak kan =)  Bijak la orang buat sign ni. Susu apa mak awak bagi awak minom?




 Ni akibat terlalu menggunakan bahasa SMS terlalu kerap. By the way...SEDAP?????



Betol-betol ikot cara sebutan asal la. Cuba sebut CARPARK laju-laju. Gerenti sebiji bunyi dia macam KAPAK. Selamat mencuba! =)












p/s: apa macam otak ada senget da? harus diingatkan kepada abang-abang, kakak-kakak, adik-adik di luar sana agar tidak mematuhi tanda-tanda yang agak menyenget kan anda takot-takot nanti lain jadinya pulak! =)

Monday, February 21, 2011

Tanya and Jawab sendiri

Berkaitan dengan entry di atas, aku ada baca 1 blog ni. Blog tu kepunyaan Sis Hunny yang Sweet Gilerrrrr. Sis I nak curi your entry ni! Jangan marah arh =)

Apa itu cinta ?
Macam ne ehh nak explain cinta tu pe . Hmm , cinta adalah perasaan yang amt berharga kerana perasaan tu dtg dengan sendiri . Sebelum kita menyayangi seseorang itu , perasaan cinta la yang muncul terlebih dahulu . Tanpa cinta , hubungan yang kekal lama , besar kemungkinan akan hancur sekelip mata .


Apa itu sayang ?
Sayang sayang sayang . Semua orang boleh ucapkan " Saya sayang awak " tapi jika tiada cinta , sayang itu tak bererti apa - apa kan . Hmm , Bila ada nya rasa cinta pasti rasa sayang akan timbul . Kita sayangkan seseorang itu dengan menghargai cinta yang dieorg berikan dan menerima diri dieorg seadanya . Jika disebut perkataan sayang , cinta pasti mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk memuaskan hati pasangan mereka kan ? Mungkin itu satu perkara yang kita boleh diklasifikasikan sebagai pegorbanan .


Perlu ke kita bercinta ?
Perlu or tak perlu itu terpulang pada individu . Kita bercinta bukan untuk sesuka hati sbb perasaan itu tak boleh dipaksa , dibeli . Thats why perasaan cinta and sayang tu amt berharga . Sesuatu risiko yang boleh dikatakan besar if kita dikecewakan , ditinggalkan , difitnah . Mcm - mcm hal lg la . Bila bercinta perlu ada sifat sabar , tabah menghadapi segala dugaan , jgn terlalu emosi , jgn ada sifat prasangka buruk terhadap pasangan , menghargai dan menerima seadanya .


Curang ?
Hmm , curang tu dah menjadi kebiasaan dlm perhubungan . Orang yg curang ni act dieorg tak tahu apa itu cinta dan sayang . Mereka berfikir secara negatif . Mereka mempunyai sifat pentingkan diri sendiri . Memainkan perasaan seseorang itu adalah tidak elok kerana cuba kita letakkan diri kita kat tmpt die , sure sakit kan . Pengorbanan yang dilakukan hanya sia -sia sahaja . Sungguh perit dan sakit bila dikecewakan , ditinggalkan oleh orang yg kita sayang , rindu dan sanjung selama kita bersama die .


Perlu ke ada rasa cemburu terhadap pasangan ?
Ofcourse , cemburu itu kan tandanya sayang . Bila kita sayangkan seseorang tu sure kita nak ambil berat pasal die . Kmne die pergi , dengan cpe , buat ape and mcm - mcm la . Tapi biar la cemburu tuh berpada - pada ehh . Jika kita terlampau ikutkan perasaan cemburu buta , mungkin disebabkan tu kita buat pasangan kita kurang selesa dan mereka rasa dikongkong . Jangan la hal kecik pun nk cemburu , mmg makan kaki la jawabnya .


Kenangan terindah / Kenangan pahit ?
Setiap orang mempunyai kenangan bersama pasangan mereka . Sure dlm hubungan kita mencipta kenangan . Kalau boleh 24jam kita ingin bersama orang yang kita sayang . Kenangan la boleh menjadikan kita bertambah sayang pada pasangan . Ada kenangan suka dan duka . Biasa la kan , tak semestinya kita mencipta kenangan yang terindah sahaja . Suka dan duka pasti ada walaupun dalam kehidupan kita tanpa cinta . Kita tidak boleh hidup dalam kenangan kerana kita terlalu mengikut perasaan dan berimaginasi tetapi kenangan suka dan duka tu juga lah yang menjadi semangat kita untuk terus hidup andai kata sudah tiada jodoh antara kamu dan pasangan .


Salah tak kita benci orang yang pernah kita cinta ?
Tak salah . Terpulang , itu hak masing - masing tapi dalam Islam kan tak baik jika kita membenci satu sama lain ? Tuhan itu maha adil , maha mengetahui . Xperlu la kita bermusuhan atas sebab kesalahan yang pernah kita sendiri lakukan ataupun sebaliknya . Setiap manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan . Tiada manusia yang sempurna . Kesalahan tu tetap salah tapi jika kita bersifat positif dan ada niat untuk berbaik , tidak akan rasa benci . Memang la kita marah , tak suka , menyampah semua perasaan negatif ada tapi percaya la suatu hari nnt orang yang kita benci , kita kan berkawan dengan die semula . Selalunya macam tuh la . Biar je la tuhan menentukan segalanya .



Bila hati sudah betul kecewa dgn cinta , Perlu ke kita teruskan cinta itu hny sebab kita pernah janji dgn dia ?
Hmm , Tak perlu la . Tak perlu nak menyeksa diri sayang seseorang itu if perasaan cinta dan sayang itu tiada lg . Ini akan menjadi keadaan bertambah buruk . Perlu ke nak semak kple otak hny untuk memikirkan die tp padahal die tak pernah sedetik pun nk memikirkan pasal kita , menghargai segala yg kita lakukan . Masalah itu bukan datang dengan sendiri tapi kita yang menimbulkannya . Cinta itu indah kerana kita menciptanya , cinta itu menyakitkan kerana kita puncanya . Jgn menyalahi takdir jika cinta yang sekian lama dibina akhirnya musnah .



Perlu ke hidup dengan cinta ? Tak ada cinta tak mati kot kan ?
Cpe ckp if hidup without cinta akan mati . Habis orang yang dah meninggal tu mati cause xde cinta la ehh ? Haha ! Think positif ea . Cinta tu hanya basic . Xpenting mane pun . Cuma kita sebagai manusia sure ada sifat ingin mencuba kan ? Setiap manusia dianugerahkan dengan pelbagai perasaan , dalam percintaan perasaan menjadi the main characters . Kita nye life ni lebih kurang mcm novel . Kehidupan kita menjadi Drama , kita menjadi wataknya . Yang lain menjadi watak sampingan untuk menaikkan mood cerita . Dengan menggunakan perasaan / emosi , cerita yang cuba disampaikan mudah difahami . Sampai bila pun kita ckp pasal cinta , tak akan habis . Pusing ke situ je la . Cinta boleh mematangkan pemikiran seseorang itu kerana die belajar dari kesilapan yang telah die lakukan .

PERHATIAN:: Jom Join FACEBLOG

Nampak tak banner FACEBLOG kat sebelah kiri blog Ricca? Mesti korang tertanya-tanya tentang banner tu kan? Tadi tengah Ricca usha dashboard (tengok-tengok kalau ada blogger-blogger baru je update blog) Ricca terusha 1 entry baru dari Cik Eqa kuar kat dashboard :



Nampak macam best je kat mata ni. So apalagi aku pun tinjau la entry ni. Nak tau tak Faceblog tu apa? Hah mai sini aku bagitau.

TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Hah da tau da kan apa tu Faceblog. Tunggu apa lagi jom la join! Camne nak join? Senang je. Jom klik SINI! 



H A P P Y  J O I N I N G  G U Y S!


p/s: Ricca suka sangat tengok banner tu sebab warna banner Faceblog tu warna fevret Ricca plus matching dengan background. =)

PENCARIAN BLOG PALING HENSEM DAN CANTIK 2011

Hikayat Si Luncai

Broadband aku da kembali beraksi. Lama Da tak usha blog aku ni. Sedang aku usha dashboard aku. Aku terjumpa sesuatu yang very menarik. Benda yang very menarik tu ada kaitan dengan entry & header kat atas ni.


Bila hati da tertarik dengan entry tu (dalam gambar di atas) aku pun view blog ABANG QIMAYRA yang sentiasa SWEET. Rupanya benda yang very menarik ni adalah contest from Encik Luncai for blogger-blogger di luar sana. Aku tak pernah join mana-mana contest dalam blog ni. Tak reti arh! Huhu. Nampak jak contest ni aku da rasa macam nak join jak. Aura contest ni kuat betol arh! =)

Biar pun blog aku tak la secantik mana pun tapi still aku nak ikot! Jangan halang aku! Hehe. Ape dia? Korang nak join gak? Kalau nak join kena ikut rules ni:

1.Buat entri bertajuk : Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011
2.Letak Header Hikayat Si Luncai
3.Jadi follower blog ni Encik Luncai.
4.Tag seorang rakan blogger lelaki dan seorang rakan blogger perempuan. (nak tag ramai pun boleh.)
5.Pastu postkan link entri korang ke ruangan komen entri Encik Luncai.
6.Blog-blog yang join segmen ni luncai akan masukkan dalam bloglist dekat sidebar
7.Pemenang akan luncai promote blog dalam sticky post selama 1 minggu
8.Tarikh tutup 28 Feb 2011 / 11:59 PM

Da ade rules kan? apa lagi join arh!
Saya dengan ini menTAG:
&

Wednesday, February 16, 2011

Playing with Canon


 
 Ni Andy. Dea memang minat gila dengan David Archuleta. Tapi bukan dea tuan punya kek hehe. Aku dengan dea penat gila taw tolong cousin aku masak n buat kek ni. Sakit pinggang! 1hari 1 malam tak tido taw =)


 Ni macik aku. Ops bukan yang kecik tu. Paham-paham je la yang mana ek kikiki =)


Very la the excited dorang ni padahal sorang je nak sambut burfday =)


 Hebat tak kek 2 =)




 Opsss ni pun bukan tuan punya kek. Tapi dea ibu kepada tuan punaya kek. Ni cousin aku. 1 hari 1 malam taw nak buat kek tu. huhu. PENATTT!


 Tengok Shin Chan tu...suka sangat nak kacaw orang

 Ni kek paling best. Siap ada amaran lagi taw. Ni untuk abang sepupu aku..






 Cute tak budak tu? Nak taw tak dea je yang pakai baju ceongsam ni. Kita orang simple-simple je.



 Nyum-nyum!



 nampak sgt muka penat kan..huhu


 ni la anak-anak buah aku yang macam angel je bila da nak sumthing but bila da dpt perghhh macam evil. Tapi aku sayang kat dorang ni.. Yang baju Ben10 tu nama dea SHIN CHAN. kenapa? sebab muka dia memang macam katun anoying tu.



the burfday gurl =)




 cuba tengok budak baju hijau tu. Nakal ryte? Orang lain burfday dea yang excited. By the way dea adik kepada burfday gurl. =)


Sedap tak? Mesti la tak tahu kan sebab ni gambar je. Tak boleh rasa. But sumpah benda ni sedap! Sebab aku ngan andy yang bersih kan udang ni . Kalau udang ni tak bersih tak sedap taw bila da masak. So saranan kepada tuan-tuan dan puan-puan sebelum test makanan tanye dulu sape yang cuci..sape yang bersih kan. Sebab orang-orang tu penting taw kikikiki =)



p/s: ok la tu je la..aku terpaksa taw g CC gara-gara nak updte blog ni huhu

Wednesday, February 9, 2011

Ended With Suicide

DID YOU REMEMBER ABOUT THIS GUY?



Well we heard bout him las time. Now there is a new suicide news that similar with his situation. It's about a suicide of a teenage female student at Malacca.

ANOTHER FACEBOOK HORROR

A troubled teenager fell to her death from the third-floor of her school in Malacca as her horrified classmates watched – just four days after posting in her Facebook that she wanted to commit suicide.
Sally Lee Qian Chun, a Form 5 student

Sally Lee Qian Chun, 17, a Form 5A student SMK Seri Kota in Ayer Leleh, walked out abruptly during a lesson in the Chemistry laboratory on the second floor and went to her classroom, located floor above.
Students were shocked when they saw her sitting precariously on the corridor ledge facing her empty classroom and suddenly fall backwards.
Lee who suffered serious head injuries, was presumed to have died on the spot. Her remains were brought to the Malacca Hospital mortuary for post-mortem.
She had apparently posted several disturbing comments on her Facebook from Jan 15 including one message that said it would be her last Chinese New Year.
Her postings became more troubled last Friday when she said she had been planning to take her own life since last month.
On Sunday night, at around 11.00pm, Lee lamented about a failed relationship and broken promises. She also reiterated her wish to take her own life.

Surprisingly, instead of empathy from her Facebook friends, her notes only drew taunts and even dares asking her to go ahead with her plan to kill herself.

In her last posting at 3.45pm on Monday, Lee reminded her friends to keep their promises of buying her a teddy-bear and coffin.
She also told them not to miss her when she is gone and asked them to take care of themselves.
The place where Sally Lee fell to her death

A close relative who refused to be named said Lee’s family, from Taman Bukit Katil, Bukit Katil, was puzzled as to why she would want to take her own life as she seemed happy during Chinese New Year holidays.
I even saw her on Monday and she looked fine and happy,” he said when met at the Malacca Hospital mortuary.
Lee, who was the eldest in the family and only girl with two younger brothers, was described by teachers as a bright and well behaved student.
State MCA chairman Datuk Gan Tian Loo arranged for a meeting at the school for Lee’s relatives to meet with several of her classmates.
The family is in shock and unable to accept that Lee would want to take her own life.
They wanted to find out from her friends as to what had happened,” he said when met here.
Her distraught parents refused to speak to reporters.
Melaka Tengah OCPD ACP Salehhudin Abd Rahman said the case was classified as “sudden death”.

source : The Star Online , The Daily Chilli

Please if you’re even thinking of suicide. There’s always a way out. And really. There will always be other girls/boys. Live your life.

COMMITTING SUICIDE IS NOT THE SOLUTION!