The UnOrdinary Peoples ♥

Thursday, February 24, 2011

Blog Pink






Salam 1 Malaysia kepada para bloggers. Ni nak cite sikit sal segmen Blog Mengikut Warna oleh Pengasas Blog Pilihan Malaysia iaitu Encik Azman Roslan. Aku terusha segmen ni kat blog Encik Solihin Zubir. Macam best je bila bace segmen ni. Korang tengok blog aku ni warna pe? TING! Da dapat jawapan kan? Ok semestinya aku akan join kategori blog warna PINK. Sebelum join mesti kena tau rules rite? Ok jom usha rules segmen ni:



Kumpulan Blog Pink

Untuk menyertai segmen ini, anda perlu buat satu entri yang mengandungi:
  • Tajuk entri "Blog Pink"
  • Link blog ini
  • Ceritakan dengan menarik, kenapa anda memilih warna tersebut dalam blog anda?
  • Sila tag 2 blog rakan anda yang mempunyai tema warna yang sama dengan anda. pastikan mereka tahu. (wajib kena tag 2 rakan, kalau lebih lagi bagus..)

Rules da di jelaskan so mai tengok kenapa blog aku PINK :



WHY PINK?

First of all, Why I'm choosing PINK ? Because it's my favourite colour. Aku sangat suka colour ni sebab warna ni dikategorikan dalam golongan warna-warna lembut. Warna ni sesuai untuk gadis-gadis atau lebih kepada kanak-kanak perempuan sebab warna ni menyelitkan unsur-unsur kecomelan dalam diri si pengemar. Warna PINK  juga adalah warna yang sweet!! So bila da pilih warna ni sebagai tema blog aku..aku rasa macam cute & sweet je bila nak blogging. (laaa puji diri sendiri lagi) 
But kekadang ada orang yang tak suka warna ni sebab to girlish or erti kata lain GEDIK & kekadang warna ni buat sakit mata kata orang tu. Hey warna merah lagi buat sakit mata dok! But terpulang la pada korang nak nilai sesuatu warna tu camne. Ape yang penting SAYA SUKA WARNA BLOG SAYA!

Pink IS?????????

Ia warna larangan? Tidak. Sebaliknya, ia melambangkan keyakinan dan keberanian kerana anda memakai ton warna yang sering dilabel feminin.
Merah jambu…ada berani? Warna merah jambu atau pink sering membuatkan kebanyakan lelaki berkerut dan menggeleng. Ini kerana kaum lelaki menganggap warna ini sangat ‘tidak masuk’ dengan mereka.
Warna ini dianggap menyerlahkan ciri feminin yang sangat kuat. Lantas mengenakan warna ini bagi lelaki seolah-olah menghilangkan ‘kemachoan’ mereka.
Sebenarnya, tidak dapat dipastikan sejak bilakah perkaitan warna dengan sesuatu jantina mula dilakukan.
Warna merah jambu sering dilabel sebagai warna wanita dan warna biru, sebaliknya adalah untuk lelaki. Jika anda berfikir kedua-dua warna ini sememangnya secara tradisi dilabelkan sedemikian, ia sebenarnya tidak tepat.
Pensyarah di Lancaster University, Britain, Dr. Veronika Koller mendakwa, sebelum Perang Dunia Pertama, warna merah jambu biasa dipakaikan kepada kanak-kanak lelaki dan warna biru dikenakan oleh kanak-kanak perempuan.
Ini mungkin kerana merah jambu yang merupakan ‘basuhan’ warna merah dilihat lebih agresif berbanding warna biru yang sering dikaitkan dengan kelembutan seperti langit dan lautan.
Bagaimanpun, menurut Koller, keadaan berubah menjadi sebaliknya selepas Perang Dunia
Pertama. Apabila pakaian pasukan beruniform, pekerja buruh kerja lelaki dan sektor pekerjaan yang dimonopoli kaum lelaki mula mengenakan warna biru, ton warna itu kemudian dilabel untuk lelaki.
Industri pemasaran kemudiannya mengambil warna merah jambu untuk diberikan kepada wanita hanya sebagai pertentangan.
Walau apapun, oleh kerana stigma merah jambu untuk lelaki begitu kuat hari ini, kita tidak dapat menghilangkan begitu sahaja persepsi itu.
Namun, kemunculan lebih ramai kelompok lelaki yang semakin obses dengan perubahan fesyen sedikit sebanyak membantu memudarkan persepsi itu.
Mesejnya mudah, jika kena gayanya anda mungkin mampu kelihatan lebih segak, mempesona walaupun dengan peragaan merah jambu.
Jika anda pernah menonton filem Brown Sugar, anda tentu mengakui betapa hebatnya baju panas merah jambu.
Dalam satu adegan, aktor Boris Kodjoe mengenakan baju panas crew-neck bula Kashmir merah jambu dengan seluar gelap dan ia kelihatan sangat menarik. Sememangnya warna merah jambu amat padan digandingkan dengan hitam, kelabu atau biru gelap yang memberi pernyataan sofiskated.
Memakai kemeja berwarna merah jambu di pejabat memudahkan anda meraih perhatian memandangkan tidak ramai yang memakainya.
Ia bukanlah satu masalah sekiranya baju yang dikenakan sesuai dengan bentuk tubuh anda dan tidaklah terlalu terang.
Satu lagi, elakkan daripada menyingsing lengan baju sehingga ke bahagian siku, kerana ia akan menambah ciri feminin apabila menyerupai potongan pakaian wanita. Kemeja berjalur merah jambu halus juga patut dimiliki di dalam almari baju lelaki.
Baju T merah jambu dengan kolar berwarna putih yang kontras pula memberikan anda penampilan yang modern-edge, sesuai dengan gaya urban. Mengenakan seluar merah jambu sememangnya tidak bersesuaian untuk lelaki melainkan dengan suit.
Bagi pria yang baru hendak berjinak-jinak dengan warna merah jambu, anda boleh memulakannya dengan aksesori. Aksesori seperti jaket, stokin dan topi berwarna merah jambu adalah tidak digalakkan bagi lelaki. Tetapi, sesetengah lelaki mampu tampak hebat dengan tali leher, sapu
tangan atau kot berwarna merah jambu. Aksesori berwarna merah jambu pucat sesuai berpadu bersama pakaian coklat dan kelabu.
Seperti merah, warna merah jambu juga melambangkan cinta. Jika merah membawa maksud keghairahan, merah jambu membawa maksud romantik dan mempesona. Merah jambu adalah warna kesukaan wanita dan anda mungkin mampu menarik perhatian.
Bukan sahaja kerana rona merah jambu bersesuaian dengan ton kulit kebanyakan manusia dan semakin ramai lelaki yang mengenakannya, memakai warna merah jambu juga membuat anda sebaris dengan jejaka idaman wanita dunia seperti Ashton Kutcher, Usher, Tyson Beckford, Saif Ali Khan, Hrithik Roshan, Rod Steward mahupun Donald Trump.
Satu lagi, jika anda seorang lelaki ia kini ada definisi baru. Ia melambangkan anda seorang yang yakin dan berani!
“Seorang lelaki yang memakai warna merah jambu menunjukkan dia seorang berkeyakinan dan berani kerana memakai ton warna yang sering dilabel feminin,” kata Stan Williams, pengarah Maxim, sebuah majalah gaya hidup lelaki.
Jadi, adakah anda berani?



So da jelaskan pasal warna pink. So bagi yang meminat warna ni kekalkan minat anda jika nak nampak sweet je sentiasa! kikikiki! Warna ni aku akan kekalkan sebagai warna paling top dalam colour list aku. Bila da minat pink mustahil la barang-barang aku tak kepink-pinkgan. Mase skola pencilbox aku warna pink tau! Beg aku tu kalau boleh aku nak beli je ikot colour tu tapi skola aku ni sangat-sangat la demanding nak juga beg colour hitam. So LAME! Bilik aku pun colour pink gak. Pendek kata semuanya pink. Nampak sangat da kan kegilaan aku pada warna ni. So jangan nak benci-benci pink sebab pink itu warna saya!
Cerita sal warna PINK aku ni da panjang so saya dengan ini berusaha keras untuk mentag dan memastikan orang-orang ni join segmen ni:
sweet ATHIRAHZAKI =)
&
the hawt TIAFAZUNIA
&
semua bloggers yang minat ngan pink






p/s:: da kena tag wajib join taw! =)

7 comments:

Solihin Zubir said...

bukan SOLO la.. tapi SOLIhin.. heheh..

pompuan.. mmg sinonim ngan pink.. :D

tia said...

hye dear, klu tia xbz nnt tia buat tag ni oke ? sbb skang betul2 bz nk promote Blogger Idol! jomm la join skali! ;)

OnlyEuricca said...

alamak xprasan plak..da tukar da hehe..hehe pink cute laaa =)

OnlyEuricca said...

tia: owh ok hunn...nak cr lgu best2 ni join blogger idol...nak prctse bnyk2 ni! hehe

OnlyEuricca said...

tia: owh ok hunn...nak cr lgu best2 ni join blogger idol...nak prctse bnyk2 ni! hehe

Encik Psychopath said...

i love pink too. as a man, i should not use pink template. u know why :)

OnlyEuricca said...

Hahaha i know why..i really know why..haha