The UnOrdinary Peoples ♥

Thursday, February 24, 2011

CONTEST JIKALAU AKU DOREMON


Hai korangggg!!! Korang nampak tak banner kat atas ni? Hah mai sini aku nak story mory sikit sal contest banner ni. Tadi tengah aku syok usha chats kat shoutmix ada 1 blogger ni suruh aku follow dea. Bab follow mollow ni aku takda hal punye. Saya on saja ba!




Hah korang nampak tak kotak colour merah 2? Tu la blogger yang aku mentioned tadi. Pas je nampak chat tu aku tross usha blog blogger ni. Jom usha blog Puan LennMommaChubby! Tengah aku syok usha aku terlihat 1 contest yang very interesting! Kalau adik-adik tengok mesti suke gilerr la!

Contest ni dianjurkan oleh Cik Ika. Contest diberi nama 'CONTEST JIKALAU AKU DOREMON'! Ok aku rasa kalau korang bace sal contest ni mesti korang pun da mulai berimaginasi rite? Aku tau korang punya imaginasi mesti tahap gaban punya. So aku sarankan korang join masuk contest ni. Join tu join jugak tapi rules mesti arh kena ikot. Ok jom intai rules oleh Cik Ika kite ni:




SYARAT DAN PERATURAN

  1. follow ika.. -DONE-
  2. buat satu enty bertajuk contest "jikalau aku doremon..." se kreatif yang boleh,  -DONE-
  3. copy dan letakkan gambar doremon ni dalam entry kawankawan. -DONE-
  4. tinggalkan link contest kat komen di bawah. -DONE-
  5. pastikan kawankawan seorang yang kuat mengarut merepek kerepek. -SAYA MEMANG SUKA MEREPEK-
  6. tag kat 3 orang kawankawan korang. tapi lagi ramai lagi bagus. -DONE-
  7. dateline; 31 Mac 2011
  8. hadiah; topup @ shawl @ tengok pada keadaan sebab kalau bole ika nak bagi benda yang bole dipakai

Ok selesai da baca rules so jom kita mulakan imaginasi kartun kita!!! (semangatnye!)


JIKALAU AKU DOREMON.....

Aku nak supply ubat-ubatan kepada seluruh manusia kat bumi ni. Ubat yang aku supply ni ada mengandungi bahan-bahan yang gerenti buat orang tu sembuh bila da makan. Firstly, aku nak bagi ubat ni kat PUAN DATIN yang sekarang da mulai da sakit kuat. Aku nak beliau sembuh sepenuh nya sebab aku tak nak kehilangan beliau macam aku kehilangan TUAN DATOK. Pas tu aku akan supply ubat tu pada orang-orang yang ada penyakit kritis banget. Aku nak penyakit-penyakit yang menghantui manusia di hapuskan melalui ubat aku tu.Tapi kalau penyakit di lamun cinta atau nama saintifiknya ANGAU tu tak boleh diubati. Ubat aku tak berkesan pada penyakit tu. Harap maklum!



JIKALAU AKU DOREMON.....

Aku nak bekal kan tabung kepada semua orang supaya korang boleh menabung. Aik nanti dulu! Tabung aku special sikit! Kalau korang isi sebulan RM100 atau lebih korang akan dapat tiket wayang free taw! Aku akan bagi berapa banyak yang korang nak! So boleh la korang bawa mak bapak korang g tengok wayang. Jimat duit toksa beli CD! Tengok je kat cinema guna tiket free tu tapi popcorn & minuman korang beli sendiri lerrr! Selain tu boleh gak bawa cik awek & cik awok g tengok wayang sama. Ops! Tapi tak boleh berdua-duan taw kenala bawa family skali. Kan elok tu. Boleh erat kan silaturahim dengan mak mertua. =)




JIKALAU AKU DOREMON.....

Aku nak sedia kan satu mesin kembali ke masa lampau. Alaa macam citer Back To The Future tu tapi ni Back To The Past punya versi dari aku. Mesin ni akan bawa korang back to the past. Contoh la korang tertinggal blackberry korang kat bas stop, korang boleh guna mesin ni untuk ambil balik blackberry korang tu. So selamat la gaji korang tu toksa nak beli fone baru lagi.  Mesin ni boleh gak bantu korang yang becintan cintun tu. If korang da gaduh dengan couple korang pastu break, korang boleh la g balik masa korang gaduh tu. Try untuk stop kan pergaduhan tu. Sweet tak?? Kalau korang da kehilangan sesorang boleh gunakan mesin ni untuk tengok muka orang tu lagi. Terlerai gak rindu. Aku da kehilangan Tuan Datok so kerinduan aku pada beliau boleh aku ubati bila aku g balik masa lampau. Time tu la aku akan menangis-nangis nak minta maaf sebelum beliau nak tinggal kan kitaorang buat selama-lamanya. Time tu juga la aku akan marah beliau sepuas-puas hati aku bila beliau mulai nak hisap rokok.  Time tu juga la aku nak beliau tau yang aku sayang sangat dengan dia. Ok da toksa sedih! Tu hanya contoh semata-mata =)



JIKALAU AKU DOREMON.....

Aku nak bekal kan 1 cip untuk pelajar-pelajar. Cip ni kalau letak kat kepala confirm korang boleh study lancar punye! Kalau rase-rase cikgu kat class tu anoying sangat korang boleh guna cip ni bila study. Cip ni mampu menyerap segala benda yang korang baca. If cikgu maths tu ajar korang style dia ajar budak form 6 sedangkan korang budak form 3 korang iyakan saja. Apa susah ada cip ni kan. Balik rumah revise balik topic yang cikgu tu ajar kat skola guna cip ni. Sakit kepala confirm hilang! Tapi harus diingatkan yang cip ini tidak akan berkesan jika digunakan waktu exam-exam biase mahupun exam-exam awam yang harus kita jalani walaupun kita tak nak jalani.=.=


JIKALAU AKU DOREMON.....

Aku nak bagi satu mesin penyemak markah yang super duper fast tapi semakan di buat tu sangat la tepat dan cekap. So cikgu-cikgu kat luar sana goyang kaki sikit. Toksa siang malam nak rite kertas exam anak murid yang kadang-kadang ntah pa-pe je jawapannya tu. Tak juga cikgu-cikgu pening kepala sebab tak cukup tido. Murid-murid pun takde la balik-balik tanye soalan yang same " Cikgu markah kertas BM bila nak bagi?" . Aku pun pernah jadi pelajar so aku faham sangat situasi ni. Bagi pelajar-pelajar yang sudah menduduki UPSR,PMR &SPM boleh la dapat result awal. Toksa la nak gelabah semacam sebab asyik dok pangkah haribulan je kat kalendar tu. Sekurang-kurang nya takda la tiba-tiba terkejut berok bila dapat khabar angin result keluar awal sebab mesin ini akan mengeluarkan result pelajar-pelajar selepas 2 bulan pelajar menduduki exam dari hari pertama lagi. So pas ni takde arh lagi nak tanye camni "Bila result nak keluar ni?". Kalau pertanyaan ni masih ade memang sah la budak tu tak pandai tengok kalendar. Aku buat mesin ni sebab aku nak tau aq lulus dengan cemerlang nya ke dalam SPM! Benci arh nak tunggu lama-lama! Hey doremon pun skola taw! =P


OK la tu je la nak cite. Nanti pening kepala cik penganjur kita bace benda merepek ni. Tapi takpe Cik Ika gak suruh kite merepek macam kerepek. So Cik Ika sediakan la banyak-banyak ubat pening kepala sebelom bace ni.

Saya dengan ini mentag:







p/s:: saje je nak tag ramai-ramai..nak test tahap mana imaginasi korang..Cik Ika pa macam? Boleh tahan tak imaginasi merepk kerepek saye ni? =)



6 comments:

mazeermohamad said...

kalau aku doraemon, aku terbang guna benda macam helikopter kat atas kepala tuh~ balik kampung hari2~ miaaaahahaha!

OnlyEuricca said...

hahaha kalau la kan kaw jd doremon haha

athirahzaki said...

haha, thanks tag!
nanti kite join ek.
contest camni pon ade, haha.

Nurul Atika said...

daye imaginasi yg tinggi, tp kreatiff..

gud luck, dear..

OnlyEuricca said...

ATHIRAH: wc awk..hehe nak uji thap mna imgnsi kite tu arh wujud cntst ni =)

Cik ika: terima kaseh =)

OnlyEuricca said...

ATHIRAH: wc awk..hehe nak uji thap mna imgnsi kite tu arh wujud cntst ni =)

Cik ika: terima kaseh =)